Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Opar pantau tiga projek jalan pertanian berjumlah RM1.6 juta di Lundu
  • WILAYAH

ADUN Opar pantau tiga projek jalan pertanian berjumlah RM1.6 juta di Lundu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ADUN Opar, Billy Sujang melakukan tinjauan dan pemeriksaan akhir ke atas tiga tapak projek jalan pertanian yang sedang dilaksanakan di kawasan Lundu, hari ini. Foto UKAS

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang telah melakukan tinjauan dan pemeriksaan akhir ke atas tiga tapak projek jalan pertanian yang sedang dilaksanakan di kawasan Lundu, hari ini.

Projek-projek tersebut berada di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Kuching dan dibiayai melalui inisiatif Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

Tiga projek berkenaan melibatkan naik taraf jalan pertanian dari Kampung Pasir Tengah ke Batu Wangkang di Kampung Pasir Tengah yang bernilai RM400,000, pembinaan baharu jalan pertanian di Kampung Opek dengan kos sebanyak RM700,000, serta naik taraf jalan pertanian di kawasan Tigowan, Kampung Stungkor Lama yang bernilai RM500,000.

ADUN Opar, Billy Sujang melakukan tinjauan dan pemeriksaan akhir ke atas tiga tapak projek jalan pertanian yang sedang dilaksanakan di kawasan Lundu, hari ini. Foto UKAS

Jelasnya, kesemua projek ini bertujuan meningkatkan kemudahan infrastruktur luar bandar khususnya dalam memperbaiki akses ke kawasan pertanian bagi memudahkan urusan harian para petani serta memperkasakan pertumbuhan ekonomi setempat.

Sebelum itu, beliau turut melakukan lawatan ke tapak projek bina baru jalan pertanian di Kampung Sebako 2 yang dilaksanakan oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA).

Menerusi lawatan ini, beliau menegaskan bahawa beliau akan terus memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di kawasan Opar agar setiap peruntukan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

–UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Laluan Tanjung Batu ditutup Sabtu ini, sempena Pagi Tanpa Kenderaan Bintulu
Next: ADUN Opar terima kunjungan hormat Ketua Polis Daerah Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.