
BINTULU: Beberapa laluan utama di kawasan Tanjung Batu akan ditutup sementara pada Sabtu ini bersempena penganjuran Program Pagi Tanpa Kenderaan Bintulu bagi memberi laluan kepada aktiviti berbasikal dan riadah komuniti.
Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), penutupan jalan melibatkan laluan dari tempat letak kereta No. 2 Tanjung Batu hingga ke simpang tiga Pantai ABF.

Penutupan akan bermula 7.30 pagi dan dijangka dibuka semula pada 12.00 tengah hari.
“Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan petugas di lokasi bagi memastikan kelancaran acara,” katanya.
Program tersebut merupakan inisiatif BDA dalam menyokong gaya hidup sihat dan menggalakkan penggunaan pengangkutan mesra alam ke arah menjadikan Bintulu sebagai hab industri karbon rendah menjelang 2030.
Oleh Carolyne Utih