Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Jangan ambil mudah cuaca panas, risiko strok haba meningkat
  • KESIHATAN

Jangan ambil mudah cuaca panas, risiko strok haba meningkat

Utusan Sarawak 2 days ago
DR Razzi Hajemi, 38, Residen Doktor di Klinik Mediraya, memberi penjelasan mengenai risiko strok haba susulan cuaca panas melampau di Kuching, hari ini.

KUCHING: Orang ramai diingatkan agar tidak mengambil mudah kesan cuaca panas melampau kerana ia boleh mendatangkan risiko kesihatan serius termasuk strok haba, kata Dr. Razzi Hajemi, 38, Residen Doktor di Klinik Mediraya.

Beliau menjelaskan bahawa suhu tinggi secara berterusan boleh memberi impak negatif terhadap kesihatan, termasuk pening, sakit kepala, mual, keletihan, dehidrasi dan dalam kes yang lebih teruk, pengsan atau strok haba.

“Cuaca panas yang ekstrem boleh menyebabkan gangguan kesihatan seperti pening kepala, keletihan, dehidrasi dan dalam kes yang teruk boleh mengakibatkan strok haba,” katanya.

Menurut Dr. Razzi, perbezaan utama antara keletihan haba dan strok haba terletak pada tahap kecemasannya.

“Keletihan haba biasanya melibatkan pening, berpeluh berlebihan, kekejangan otot dan kulit menjadi pucat. Rawatan awal termasuklah berehat di tempat sejuk, minum air, dan menyejukkan badan,” katanya.

“Namun, strok haba jauh lebih serius. Ia dicirikan oleh suhu badan melebihi 40 darjah Celsius, sakit kepala yang teruk, kekeliruan, tiada peluh, sawan, pengsan dan boleh membawa maut.”

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar orang ramai mengambil langkah pencegahan yang mudah namun berkesan.

“Langkah pencegahan termasuklah elakkan berada di tempat yang panas dalam jangka masa yang lama, minum air mencukupi, dan kurangkan aktiviti fizikal di luar. Segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom-simptom keletihan haba,” katanya.

 “Nasihat saya, pastikan minum air mencukupi, elakkan kawasan panas tanpa keperluan, dan kenal pasti tanda-tanda awal keletihan haba. Jangan tunggu hingga terlambat,” tambah beliau.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Suhu panas melampau di Jepun cetus amaran strok haba
Next: Korban pertama COVID-19 tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.