Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Renang Miri kembali dengan skala lebih besar
  • SUKAN

Kejohanan Renang Miri kembali dengan skala lebih besar

Utusan Sarawak 3 weeks ago

MIRI: Kejohanan Renang Kumpulan Umur Jemputan Miri ke-24 yang akan berlangsung di Kelab Gymkhana Miri (GCM) bermula esok hingga Ahad ini dijangka menjadi antara edisi terbesar dan paling kompetitif dalam sejarah penganjurannya.

Pengerusi penganjur, Kaunselor George Ngieng, berkata penyertaan tahun ini mencatatkan peningkatan ketara dengan seramai 316 perenang mengambil bahagian, berbanding 251 peserta pada tahun lalu.

“Ini menunjukkan bahawa sukan renang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di sini.

“Kami berbangga dapat menyumbang kepada pembangunan bakat muda dan memupuk generasi atlet masa depan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini, termasuk dari Miri, Brunei, Labuan, Bintulu dan Sarikei.

Menurut Ngieng, sebanyak 1,660 penyertaan acara direkodkan, sekali gus mengukuhkan kedudukan kejohanan ini sebagai antara acara renang kumpulan umur terulung di Malaysia Timur.

“Kejohanan ini bukan sekadar pertandingan, ia adalah platform penting dalam mengasah potensi dan membina semangat kesukanan dalam kalangan perenang muda,” tambahnya.

Majlis penutupan kejohanan akan diadakan pada 22 Jun ini, 4.00 petang di kolam renang GCM, dan akan disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Perenang Amatur Miri (MASA), Ong Chee Yee.

Oleh Adum Liu

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sze Fei-Nur Izzuddin, Soon Huat-Shevon setuju sertai RTG – Hannah
Next: Sepakan ikonik Messi kecewakan FC Porto

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.