Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan Abang Johari sebelum mesyuarat Kabinet
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan Abang Johari sebelum mesyuarat Kabinet

Utusan Sarawak 2 days ago
TUN Wan Junaidi telah menerima kunjungan rasmi Abang Johari dalam satu sesi pertemuan yang berlangsung pada 10.00 pagi tadi di Astana Negeri. Foto Astana Negeri

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menerima kunjungan rasmi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu sesi pertemuan yang berlangsung pada 10.00 pagi tadi di Astana Negeri.

Pertemuan hampir satu jam itu diadakan sebagai sesi pra-majlis menjelang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak, di mana Abang Johari telah membentangkan beberapa perkara penting kepada Tun Wan Junaidi selaku Ketua Negeri, selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Sarawak.

TUN Wan Junaidi telah menerima kunjungan rasmi Abang Johari dalam satu sesi pertemuan yang berlangsung pada 10.00 pagi tadi di Astana Negeri. Foto Astana Negeri

Dalam pertemuan tersebut, Tun Wan Junaidi turut menyampaikan beberapa pandangan kepada Abang Johari untuk pertimbangan kerajaan negeri.

Tun Wan Junaidi menzahirkan rasa syukur kerana perbincangan berlangsung dalam suasana yang baik dan penuh keakraban serta yakin bahawa di bawah kepimpinan Abang Johari akan terus melangkah maju dengan rakyat yang bersatu padu, aman dan harmoni menuju Sarawak Maju Makmur.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gaji tinggi, pekerjaan mahir kunci tingkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja
Next: MPC, STIU bekerjasama laksana transformasi digital daftar perniagaan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.