Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Unimas catat prestasi cemerlang dalam THE Impact Rankings 2025
  • PENDIDIKAN

Unimas catat prestasi cemerlang dalam THE Impact Rankings 2025

Utusan Sarawak 13 hours ago

UNIVERSITI Malaysia Sarawak (Unimas) terus mengharumkan nama negara apabila mencatat pencapaian membanggakan dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2025, dengan kedudukan dalam kelompok 101–200 terbaik dunia.

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) terus mengharumkan nama negara apabila mencatat pencapaian membanggakan dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2025, dengan kedudukan dalam kelompok 101–200 terbaik dunia.

Lonjakan ini merupakan kesinambungan prestasi cemerlang Unimas sejak 2023, apabila universiti itu meningkat daripada kedudukan 401–600, ke 301–400 pada 2024, dan kini berada dalam kelompok 101–200 terbaik global pada 2025.

Menurut kenyataan rasmi Unimas, kejayaan ini dicapai hasil daripada pelaksanaan strategi berasaskan bukti, pemantauan yang sistematik serta penekanan terhadap impak lestari dalam penyelidikan, pengajaran dan khidmat komuniti.

Antara pencapaian utama Unimas dalam THE Impact Rankings 2025 termasuk kedudukan ke-16 dunia bagi Sustainable Development Goal (SDG) 17: Partnership for the Goals, yang mengiktiraf kecemerlangan universiti tersebut dalam menjalin kerjasama strategik rentas sektor dan sempadan.

Bagi SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions, Unimas berada di kedudukan ke-36 dunia, sekali gus memperlihatkan komitmen institusi itu terhadap tadbir urus berintegriti serta ketelusan dalam pengurusan.

Selain itu, Unimas turut mencatat pencapaian memberangsangkan dalam SDG 7: Affordable and Clean Energy dan SDG 2: Zero Hunger, masing-masing di tangga ke-81 dan ke-94 dunia melalui inisiatif penyelidikan serta sumbangan kepada komuniti dalam menangani isu berkaitan tenaga dan keselamatan makanan.

Universiti itu juga mengekalkan prestasi konsisten dalam SDG 13: Climate Action, SDG 14: Life Below Water, dan SDG 15: Life on Land, yang kesemuanya berada dalam kelompok 101–200 dunia.

Kejayaan ini membuktikan halatuju strategik Unimas dalam memperkukuh impak global menerusi pendekatan bersepadu, kepimpinan berwawasan dan pemacuan nilai-nilai lestari di peringkat institusi.

Oleh Amanda L.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SMK Bintulu terima naik taraf infrastruktur di bawah RTP 2024
Next: 62,485 calon lepasan SPM ditawarkan tempat ke Politeknik dan Kolej Komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.