Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Fitnah perosak kehidupan umat dan masyarakat
  • RENCANA

Fitnah perosak kehidupan umat dan masyarakat

Utusan Sarawak 19 hours ago
POKOK tekoma juga dikenali sebagai ‘Sakura Malaysia’ mula berbunga di sekitar Jalan Bukit Kuda hari ini. Pokok tekoma atau nama sainstifiknya ‘tabebuia Rosea’ berbunga secara bermusim iaitu ketika cuaca panas setiap tahun. Bunga ini mekar pada cuaca panas kering kerana sifatnya yang memerlukan cuaca sedemikian untuk menggalakkan proses pendebungaan. Pokok yang ditanam di bahu jalan itu memberi suasana pemandangan indah dan mempesonakan seolah-olah menikmati musim bunga di Jepun dan Korea Selatan. Foto BERNAMA

DALAM Islam, fitnah mempunyai makna yang luas. Ianya boleh merujuk kepada hasutan, penyelewengan atau penyebaran berita palsu yang menyebabkan kerosakan.

Fitnah bukan sahaja berbahaya, tetapi ia juga mengundang kemurkaan Allah SWT.

Lebih dahsyat, ia disamakan dengan pembunuhan di dalam al-Quran. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 191 yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih (dahsyat) daripada pembunuhan.”

Sejarah Islam turut mencatatkan bahawa fitnah telah menyebabkan pepecahan besar dalam kalangan umat Islam, termasuk dalam peristiwa fitnah terhadap Sayyidatina Aisyah RA, serta peperangan antara umat Islam sendiri pada zaman khalifah.

Kekacauan yang ditimbulkan akibat fitnah juga disebutkan dalam surah al-Anfal ayat 73 yang bermaksud: “Dan jika kamu tidak melakukannya (mencegah kemungkaran), akan kerjadi kekacaauan di muka bumi dan kerosakan yang besar.” 

Masyarakat yang tidak menolak fitnah akan terdedah kepada huru-hara, saling curiga dan benci-membenci, hingga akhirnya akan membawa kepada keruntuhan akhlak dan institusi sosial.

Malah, pada zaman serba canggih ini, fitnah tidak lagi memerlukan masa yang lama untuk tersebar. Satu klik ‘kongsi’ sudah cukup untuk menyebarkan maklumat palsu kepada ribuan orang.

Bersesuaian dengan kalam Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 6 yang mengingatkan kita: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (tabayyun), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini kerana kejahilan kamu, yang menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” 

Nabi muhammad SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya seseorang itu berkata dengan satu perkataan yang tidak difikirkan buruknya, maka dia tergelincir ke dalam neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (hadis riwayat Tirmizi) 

TANGANI FITNAH DENGAN ILMU DAN IMAN

Islam mengajarkan agar bersabar dan terus bergantung harap kepada Allah SWT bagi individu yang menjadi mangsa fitnah.

Doa dan takwa adalah senjata utama orang yang difitnah. Seperti kisah Nabi Yusuf AS yang difitnah isteri al-Aziz, akan tetapi kerana ketakwaannya, Allah SWT membersihkan namanya serta mengangkat darjatnya.

Justeru, fitnah merupakan ujian yang mengukur sejauh mana seseorang berpegang pada kebenaran atau tergelincir dalam dosa dengan membalas keburukan dengan keburukan.  

Demikian itu, dalam menghadapi zaman yang penuh maklumat dan kabar angin, umat Islam perlu kembali kepada prinsip al-Quran dan sunnah.

Setiap lidah dan tangan kita akan dipersoalkan kelak. Setiap perkataan yang kita dengar tidak wajar dikongsi atau dipercayai sepenuhnya.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Cukuplah seseorang itu dianggap berdusta apabila ia menceritakan setiap apa yang didengarnya.” (hadis riwayat Muslim) 

Setiap umat Islam yang menginginkan keredaan Allah SWT, perlu memainkan peranan dalam mencegah budaya fitnah dengan mengamalkan adab Islam dalam berkomunikasi.

Bersangka baik, menasihati secara berhemah, menahan lidah daripada menyebarkan aib orang lain, dan sentiasa ingat bahawa setiap perkataan yang dikeluarkan akan dihisab oleh Allah SWT kelak. 

Firman Allah SWT dalam surah Qaf ayat 18: “Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap mencatat.”

Dengan memahami dan menghayati semua peringatan ini, umat Islam akan lebih berhati-hati dan menjadikan al-Quran serta sunnah sebagai panduan utama dalam menyantuni isu fitnah.

Masyarakat akan kembali harmoni apabila nilai amanah, sabar dan kejujuran dijadikan teras dalam setiap urusan. 

Keimanan dan ketakwaan Saidina Umar RA

SAIDINA Umar bin al-Khattab adalah seorang sahabat Rasulullah SWT yang memiliki sifat takwa dan keimanan yang tinggi.

Sejak beliau memeluk Islam, beliau sering mendampingi Rasulullah SAW. Maka beliau telah mempelajari ilmu dari Rasulullah SAW seperti tauhid, ibadah dan akhlak.

Beliau juga telah melihat sendiri cara Rasulullah SAW beribadah dan beliau telah mengikutinya dengan sebaik mungkin. Saidina Umar bin al-Khattab juga telah mempelajari ilmu ayat al-Quran dari Rasulullah SAW.

Setiap ayat al-Quran yang dibacakan kepadanya oleh Rasulullah SAW dihafalnya dengan baik. Beliau juga cuba sedaya upaya untuk menekuni dan memahami setiap ayat al-Quran yang dibacakan kepadanya itu.

Saidina Umar bin al-Khattab sangat suka mendengar bacaan al-Quran dari para sahabat terutamanya sahabat yang memiliki bacaan yang bagus dan suara yang sedap.

Dengan sebab itu, Saidina Umar bin al-Khattab sering menyuruh Abu Musa Al Asy’ari untuk mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran kepadanya.

Ini kerana Abu Musa al-Asy’ari memiliki suara yang lunak dan bacaan al-Qurannya sangat baik.

Sememangnya didikan Rasulullah SAW sangat luar biasa. Para sahabat berjaya menjadi golongan umat yang terbaik dari kalangan seluruh umat manusia kerana mereka telah dididik secara langsung oleh manusia terbaik iaitu Rasulullah SAW.

Semasa dilantik menjadi khalifah, Saidina Umar bin al-Khattab pernah berkata, “Hendaklah kamu membaca al-Quran dan mendalami maknanya!

“Amalkanlah al-Quran nescaya kamu akan menjadi ahli al-Quran! Timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang.

“Dan hendaklah kamu berhias untuk menghadapi hari yang mana kamu semua akan dihadapkan kepada Allah SWT dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dari kamu.

“Tidak ada kepatuhan kepada makhluk jika yang dia perintahkan itu berupa kederhakaan kepada Allah SWT. Ketahuilah, aku akan menempatkan diriku di hadapan harta Allah SWT dengan tempat wali anak yatim.

“Jika aku kaya akan aku jauhkan diriku dari hal yang tidak baik lagi halal dan jika aku miskin maka aku makan dengan cara yang baik.”

Sifat takwa yang dimiliki oleh Saidina Umar bin al-Khattab menyebabkan beliau begitu memahami tentang hakikat dunia ini.

Diriwayatkan dari Abu al-Asyhab, beliau berkata bahawa, “Umar pernah lalu berhampiran sebuah tempat pembuangan sampah. Umar tetap bertahan di tempat itu, sedangkan para sahabat lain tidak tahan untuk berada di tempat tersebut lama-lama. Umar kemudian berkata kepada mereka:  “Inilah dunia kamu yang kamu bersungguh-sungguh ingin meraihnya dan kamu menangisinya.”s (Riwayat Ahmad)

Oleh Hanzalah Azman

Continue Reading

Previous: Guru pembina generasi, penerang bangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.