
KUCHING: Pencalonan bagi Anugerah Seni Negeri Sarawak (ASNS) 2025 kini dibuka kepada orang ramai mulai 1 Jun hingga 1 Julai depan.
Anugerah ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak dengan sokongan Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP).
Ia bertujuan mengiktiraf dan menghargai sumbangan para penggiat seni dan budaya tanah air.
JKKN Sarawak mengalu-alukan pencalonan daripada persatuan seni dan budaya, penggiat industri kreatif, karyawan, syarikat korporat serta individu yang aktif dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
Beberapa kategori utama dipertandingkan.
Antaranya, Anugerah Tokoh Seni Negeri Sarawak – Mengiktiraf individu cemerlang dalam bidang seni persembahan seperti teater, tari dan muzik.
Selain itu, Anugerah Pendukung Seni Sarawak -Dikhaskan untuk badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, syarikat korporat dan media yang menyokong pembangunan seni dan budaya.
Borang pencalonan serta maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan boleh didapati melalui imbasan kod QR pada poster rasmi atau dengan hadir sendiri ke Pejabat JKKN Sarawak.
Tarikh tutup pencalonan adalah pada 1 Julai depan, 12.00 tengah hari.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Urus Setia Jawatankuasa Pencalonan ASNS 2025 di talian 082-422 006 pada waktu pejabat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyelaras, Juhan Junaidi menerusi WhatsApp di 011-3561 1513.