Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Suri rumah di Sibu rugi RM48,800 terjerat tawaran kerja sambilan dalam talian
  • JENAYAH

Suri rumah di Sibu rugi RM48,800 terjerat tawaran kerja sambilan dalam talian

Utusan Sarawak 15 hours ago
KETUA POLIS DAERAH SIBU…..ACP Zulkipli Suhaili.

SIBU: Seorang suri rumah kerugian lebih RM48,800 selepas terjerat dengan tawaran kerja sambilan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima laporan berhubung kejadian itu pada 17 Jun lalu.

Menurut beliau, mangsa berusia dalam lingkungan 50-an menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp yang menawarkan pekerjaan sambilan dengan pendapatan yang menarik.

“Mangsa tertarik dengan tawaran tersebut dan diminta untuk menekan ‘like’ di aplikasi Lazada sebagai sebahagian daripada tugasan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Mangsa kemudian diarahkan untuk membuat beberapa pindahan wang dengan janji akan menerima komisen tinggi sebagai pulangan.

“Mangsa telah membuat tiga transaksi pemindahan wang, berjumlah keseluruhan RM48,800, ke dalam tiga akaun bank tempatan yang berbeza,” jelasnya.

Bagaimanapun, apabila mangsa diminta membuat pindahan tambahan, dia mula curiga dan menyedari telah diperdaya sindiket penipuan.

“Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Special Aide to YB Huang Tiong Sii lodges police report over defamatory Facebook post
Next: 84 PATI ditahan dalam Ops Imigresen di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.