Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Petani Sarawak disaran angkat sektor agro sebagai perniagaan
  • TEMPATAN

Petani Sarawak disaran angkat sektor agro sebagai perniagaan

Utusan Sarawak 21 hours ago
DATO Sri Dr Stephen Rundi, Datuk Abdul Rahman Ismail dan Datuk Martin Ben memotong kek pada Majlis Amanat Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah bersama Jabatan Pertanian Sarawak 2025. -Foto UKAS

KUCHING: Kegagalan dalam aspek pemasaran dikenal pasti sebagai antara punca utama sektor pertanian Sarawak masih belum mencapai potensi sebenar, walaupun negeri ini menghasilkan produk pertanian berkualiti tinggi.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, menegaskan bahawa strategi pemasaran perlu diberi keutamaan dalam usaha mentransformasikan sektor pertanian negeri ini menjadi lebih mampan dan berdaya saing.

“Kita tidak boleh hanya pandai menghasilkan produk tetapi malu untuk menjual. Jika tidak berani mempromosi, hasil kita tidak akan ke mana.

“Jangan hanya tunggu pembeli datang, kita mesti berani keluar dan memasarkan produk secara aktif,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri bersama Jabatan Pertanian Sarawak di sini, semalam.

Tambah beliau, rantaian pemasaran produk agro di Sarawak masih lemah dan tidak tersusun, mengakibatkan banyak produk tempatan gagal menembusi pasaran dengan berkesan walaupun mempunyai potensi tinggi.

“Saya sendiri turun padang dan mendapati ada syarikat kecil yang menghasilkan pes tahai dan kek lapis tidak dapat memenuhi permintaan kerana kekurangan bahan mentah.

“Masalahnya bukan tiada produk, tetapi tiada sistem bekalan dan pemasaran yang lengkap,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menekankan bahawa setiap agensi dan jabatan berkaitan perlu mengambil tanggungjawab untuk memperkukuh strategi pemasaran, termasuk membimbing para pengusaha tani dalam aspek promosi, penjenamaan dan pengedaran produk.

“Kita mesti bantu mereka keluar daripada pemikiran tradisional. Jangan bertani sekadar untuk makan. Pertanian hari ini mesti dilihat sebagai perniagaan untuk menjana pendapatan,” tegasnya.

Beliau turut menekankan bahawa usaha pemasaran perlu melibatkan keseluruhan rantaian nilai dari peringkat huluan hingga hiliran termasuk pembangunan jenama produk tempatan, akses pasaran, pembungkusan moden dan penggunaan teknologi pemasaran digital.

Beliau turut menggesa agar sikap malu atau takut untuk berniaga dihapuskan, khususnya dalam kalangan usahawan tani muda.

Turut hadir Penasihat di Pejabat Premier Sarawak, Tan Sri William Mawan Ikom, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Industri Makanan), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail serta Timbalan Menteri Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Martin Ben serta beberapa tetamu kehormat. -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: TRACE 2025 perkasa graduan, buka peluang kerjaya seluruh Sarawak
Next: Kompleks JPJ Sarikei lambang komitmen kerajaan perkukuh perkhidmatan awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.