Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga runcit RON95 kekal, RON97 naik tujuh sen
  • BISNES

Harga runcit RON95 kekal, RON97 naik tujuh sen

Utusan Sarawak 9 hours ago

KUALA LUMPUR:  Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat tujuh sen seliter daripada RM3.07 kepada RM3.14 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Jun.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter manakala di Semenanjung Malaysia naik sebanyak tujuh sen seliter daripada RM2.74 kepada RM2.81 seliter bagi tempoh sama.

“Seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia, kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.14 seliter manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM2.81 seliter.

“Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter,” menurut kenyataan itu.

MOF memaklumkan penetapan harga itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran serta menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak selain menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia berkedudukan baik untuk bangun ruang pasaran kewangan Islam – Affin Bank
Next: 16 kali terbaik dunia, AirAsia pacu nama Malaysia di persada antarabangsa – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.