Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program jangkauan, ziarah sempena Gawai Dayak, Aidiladha meriah di Lundu
  • Selatan
  • WILAYAH

Program jangkauan, ziarah sempena Gawai Dayak, Aidiladha meriah di Lundu

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah telah hadir pada program jangkauan dan ziarah sempena Gawai Dayak dan Aidiladha KPWK di Rumah Panjang Kampung Rayu Iban, hari ini. -Foto KWPK

LUNDU: Program jangkauan dan ziarah sempena sambutan Gawai Dayak dan Aidiladha anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) bersama rakan strategik telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Rumah Panjang Kampung Rayu Iban, hari ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, yang turut merasmikan program serta menyampaikan sumbangan kepada golongan sasar.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepentingan pendekatan turun padang bagi memastikan perkhidmatan kerajaan disampaikan secara inklusif hingga ke peringkat akar umbi.

Antara penekanan utama beliau termasuk penubuhan pasukan bomba komuniti di rumah panjang sebagai langkah respons awal terhadap kejadian kebakaran serta pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak pasca pandemik COVID-19, bagi memastikan kanak-kanak berumur bawah tujuh tahun tidak tercicir daripada pendidikan asas.

“Sarawak bukan sahaja kaya dengan sumber, tetapi juga kaya dengan semangat kemakmuran yang ingin diwujudkan. Negeri ini perlu terus mara sebagai negeri maju, inklusif dan bebas kemiskinan, sejajar dengan aspirasi ‘Utamakan Sarawak, Rakyat Didahulukan’,” katanya.

Program ini turut melibatkan penyertaan 11 agensi kerajaan, yang menyediakan reruai pameran dan khidmat nasihat termasuk daripada Kementerian Kesihatan (KKM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) dan Jabatan Perpaduan Negara.

Penduduk dari kawasan sekitar termasuk Sungai Belian hingga Sungai Rayu hadir untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Antara pengisian utama program ialah penyampaian Kenyalang Gold Card (KGC) kepada warga emas, penyampaian bantuan keperluan asas kepada golongan sasar serta aktiviti ziarah mesra sempena Gawai Dayak dan Aidiladha.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan, turut hadir dan menyampaikan ucapan penghargaan, serta menyatakan komitmen beliau dalam menyokong usaha pembangunan komuniti luar bandar.

Majlis turut mencatat sejarah apabila Chaya Langkop, wanita pertama dilantik sebagai Tuai Rumah di Kampung Rayu Iban, menyampaikan ucapan aluan mewakili komuniti sebagai satu simbol penting keterangkuman dan peranan wanita dalam kepimpinan komuniti.

Program ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan negeri dalam merapatkan jurang pembangunan, memperkukuh kerjasama pelbagai agensi dan membina masyarakat yang harmoni serta sejahtera.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam, ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor serta Setiausaha Tetap KPWK, Datu Felicia Tan Ya Hua.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerja penyelenggaraan pokok di Bintulu diteruskan demi keselamatan, kelestarian bandar
Next: Wilfred Yap says reintroducing GST or VAT is crucial for Malaysia’s long-term fiscal health

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.