Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja penyelenggaraan pokok di Bintulu diteruskan demi keselamatan, kelestarian bandar
  • Utara
  • WILAYAH

Kerja penyelenggaraan pokok di Bintulu diteruskan demi keselamatan, kelestarian bandar

Utusan Sarawak 9 hours ago

KERJA-KERJA penyelenggaraan pokok sedang dijalankan di sekitar Jalan Kidurong sebagai sebahagian daripada usaha BDA menjaga keselamatan dan kelestarian bandar.

BINTULU: Kerja-kerja penyelenggaraan pokok di sepanjang Jalan Kidurong yang bermula sejak April lalu masih giat dilaksanakan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta memelihara keindahan dan kelestarian persekitaran bandar.

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penyelenggaraan tersebut akan diperluaskan ke beberapa kawasan lain termasuk Jalan Sultan Iskandar, Jalan Tun Razak serta sekitar pusat bandar Bintulu dalam masa terdekat.

“BDA memohon kerjasama semua pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika melalui kawasan yang terlibat sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan,” katanya.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan BDA dalam usaha mewujudkan persekitaran bandar yang hijau, selamat dan lestari, sejajar dengan aspirasi Hab Perindustrian Karbon Rendah Bintulu 2030.

Orang ramai turut disarankan untuk menyokong inisiatif penjagaan alam sekitar dan memberikan kerjasama demi kesejahteraan komuniti secara menyeluruh.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PIBG SK Melayu Pusat santuni ahli terlibat kemalangan
Next: Program jangkauan, ziarah sempena Gawai Dayak, Aidiladha meriah di Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.