Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SMK Bintulu terima naik taraf infrastruktur di bawah RTP 2024
  • PENDIDIKAN

SMK Bintulu terima naik taraf infrastruktur di bawah RTP 2024

Utusan Sarawak 23 hours ago
ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang bersama pasukan khidmatnya meninjau projek naik taraf infrastruktur SMK Bintulu yang siap lebih awal daripada jadual di bawah peruntukan RTP 2024, baru-baru ini.

BINTULU: Kemudahan asas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu kini lebih selesa dan selamat hasil pelaksanaan projek naik taraf di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2024, yang memberi manfaat langsung kepada pelajar dan warga sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, berkata projek itu melibatkan pembinaan laluan pejalan kaki berturap jubin dan konkrit serta kerja penurapan semula kawasan parkir sekolah, yang turut berfungsi sebagai sambungan dewan.

“Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengemukakan permohonan untuk menaik taraf beberapa kemudahan yang sudah usang dan kurang selamat.

“Sebagai tindak balas, kita meluluskan peruntukan RTP 2024 bagi memastikan pelajar dapat belajar dalam persekitaran yang lebih kondusif dan selamat,” katanya dalam kenyataan selepas lawatan tapak bersama Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor, dan wakil PIBG sekolah baru-baru ini.

Projek yang dijadualkan siap dalam tempoh lima bulan itu berjaya disiapkan lebih awal oleh pihak kontraktor, sekali gus menerima pujian daripada pihak sekolah dan ibu bapa.

Dalam lawatan tersebut, Johnny Pang turut meninjau kawasan parkir baharu di luar sekolah yang hampir siap, dan mengingatkan JKR agar memantau aspek keselamatan secara berterusan, khususnya pada waktu puncak.

“Saya dapati struktur penutup hujan di laluan pejalan kaki luar masih belum mencukupi, terutama di bahagian yang menghubungkan ke jambatan.

“Saya telah menggesa pihak berkaitan mengkaji semula reka bentuk sedia ada dan mengadakan mesyuarat penyelarasan segera untuk menambah baik perlindungan bagi pelajar,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa pelaburan dalam pendidikan harus menjadi keutamaan semua pihak kerana sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk generasi masa depan.

“Kita perlu memperkukuh asas pendidikan demi melahirkan generasi yang berdaya saing.

“Saya komited untuk terus membantu dari segi pembangunan infrastruktur dan kapasiti sekolah-sekolah di kawasan ini,” ujarnya.

Johnny Pang turut memuji kerjasama erat antara pihak sekolah, PIBG dan agensi teknikal yang menjayakan pelaksanaan projek tersebut tanpa menjejaskan sesi pembelajaran.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: UM ungguli carta dalam perkongsian global, tangga ke-25 penarafan kemampanan
Next: Unimas catat prestasi cemerlang dalam THE Impact Rankings 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.