Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPS galak penduduk salur maklum balas tandas awam menerusi kod QR
  • Tengah
  • WILAYAH

MPS galak penduduk salur maklum balas tandas awam menerusi kod QR

Utusan Sarawak 13 hours ago
UTAMAKAN KEBERSIHAN… Yiing ketika memeriksa tandas awam di Jalan Khoo Peng Long, hari ini.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) mengalu-alukan orang ramai untuk mengisi Borang Maklum Balas Pelanggan Tandas sekiranya mempunyai sebarang aduan atau cadangan berkaitan kemudahan tandas awam di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan itu di sekitar bandar ini.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Awam, Persekitaran dan Perkhidmatan MPS, Kaunselor Yiing Sy Huat, borang tersebut boleh diakses dengan mudah melalui kod QR yang dipaparkan di 15 lokasi tandas awam dalam Zon A dan Zon B.

“Orang awam digalakkan untuk mengimbas kod QR yang ditampal di kawasan tandas lelaki, wanita atau di sekitar kawasan luar tandas bagi menyampaikan maklum balas mereka, khususnya berkaitan kerosakan atau kekurangan kemudahan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan ke atas lapan buah tandas awam di Zon 1, hari ini.

Yiing turut memberi jaminan bahawa semua maklum balas yang diterima akan dirahsiakan dan ditangani dengan serius oleh pihak MPS.

Antara lokasi tandas awam yang diperiksa termasuk di Jalan Maju, Jalan Khoo Peng Long, Pintu Gerbang Sibu, Pusat Tanah Wang, Pusat Warisan Sibu, Dataran Tuanku Bujang Fasa 1 dan 2, dan Muzium Memorial Lau King Howe.

Yiing menjelaskan bahawa pemeriksaan ini bertujuan memastikan semua kemudahan tandas awam mematuhi piawaian ‘BMW’ – Bersih, Menawan dan Wangi seperti yang digariskan oleh pihak MPS.

“Antara aspek yang diberi perhatian termasuk tahap kebersihan keseluruhan, sistem pengepam, bekalan air dan sabun, penyembur pewangi, pengering tangan, serta keadaan lantai yang perlu sentiasa kering,” katanya lagi.

Yiing turut memaklumkan bahawa kerosakan kecil akan dibaiki segera oleh operator bertugas, manakala kerosakan yang lebih serius akan ditangani oleh pihak majlis dengan bantuan teknikal, termasuk menghantar jurutera jika perlu.

Sebagai contoh, Yiing merujuk kepada tandas awam di Jalan Maju yang baharu dinaik taraf tetapi kini menghadapi masalah tangki tersumbat hingga menyebabkan limpahan air kumbahan.

“Kita akan menghantar jurutera bagi mengenal pasti punca sebenar masalah dan mengambil tindakan segera untuk menyelesaikannya,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf RC Pontoon Bintangor siap Oktober ini
Next: PIBG SK Melayu Pusat santuni ahli terlibat kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.