Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Penganggur dipenjara tujuh bulan, disebat kerana curi beg tangan
  • MAHKAMAH

Penganggur dipenjara tujuh bulan, disebat kerana curi beg tangan

Utusan Sarawak 14 hours ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah mencuri beg tangan milik seorang pekerja kilang wanita warga asing.

Majistret Oon Kork Chern menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Hafiz Dollah, 33, dan memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan, iaitu pada 14 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan, Hafiz mencuri beg tangan berwarna merah milik mangsa di sebuah kedai makan di Jalan Bengkel sekitar 4.00 petang pada 14 Jun lalu.

Tindakan tertuduh itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara serta denda atau sebatan.

Berdasarkan fakta kes, ketika mangsa sedang makan di kedai tersebut, tertuduh tiba-tiba melarikan beg tangan yang diletakkan di atas meja. Mangsa menjerit meminta pertolongan dan tindakan pantas orang awam yang berada di lokasi kejadian membawa kepada penangkapan tertuduh.

Hafiz berjaya diberkas di kawasan Pasar Sentral Sibu, Jalan Channel, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh mengaku mencuri beg tangan mangsa dengan niat untuk mendapatkan barangan berharga di dalamnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, ASP Siti Mariyah Dahari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Remaja sebabkan lima kematian dihantar ke sekolah Henry Gurney selama enam tahun, denda RM1,500
Next: Najib dibenarkan hadir pendengaran rayuan dakwaan wujud dokumen tambahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.