Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf RC Pontoon Bintangor siap Oktober ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf RC Pontoon Bintangor siap Oktober ini

Utusan Sarawak 11 hours ago

TINJAUAN… Safiee Ahmad dan Datuk Ding Kuong Hiing menjalankan lawatan dan tinjauan ke tapak projek naik taraf penggantian pontun konkrit (R.C. Pontoon) Bintangor.  

BINTANGOR: Projek Naik Taraf RC Pontoon Wharf Bintangor adalah di bawah seliaan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) bernilai kos RM3,040,357 dan dijangka siap pada 4 Oktober 2025. 

Hadir bagi menjalankan lawatan dan tinjauan ke tapak projek tersebut semalam ialah Pengerusi LSS, Safiee Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. 

Menurut Safiee, projek naik taraf yang telah bermula pada 6 Jun 2024 telah siap 65 peratus, namun begitu ia haruslah dipercepatkan kerana tarikh sebenarnya untuk siap projek adalah pada 5 September 2025. 

“Setakat ini, pelaksanaan projek adalah berjalan lancar dan sentiasa dipantau oleh LSS agar projek tersebut dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. 

“Wharf Bintangor begitu penting sekali kerana ia masih merupakan pangkalan bot-bot dan perahu untuk penduduk di pesisir pantai menghantar hasil tangkapan dan tanaman ke bandar Bintangor,” katanya yang juga ADUN Daro ketika ditemui media. 

Sementara itu, Koung Hiing berkata beliau berterima kasih kepada Safiee kerana sentiasa menitik berat pembangunan status pelaksanaan projek tersebut.

Turut hadir Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kandawang; 

Penolong Pengawal LSS Wilayah II, Fadzli Noh; Jurutera LSS Wilayah II, Fathurrahman Raba-e dan Penolong Jurutera LSS Wilayah II, Dorothy Everly Bajut. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: AZAM Sarawak pemangkin komunikasi strategik pembangunan negeri
Next: MPS galak penduduk salur maklum balas tandas awam menerusi kod QR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.