Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Perkukuh semangat perpaduan warga Pejabat Pendidikan Daerah Saratok
  • PENDIDIKAN

Perkukuh semangat perpaduan warga Pejabat Pendidikan Daerah Saratok

Utusan Sarawak 13 hours ago
FRIDAY Belik menghadiri Majlis Gawai Ngiling Tikai Warga Pendidikan Daerah Saratok Tahun 2025 bertempat di Dewan SJK Min Syn dekat sini semalam. Foto ADUN Krian

SARATOK: Pejabat Pendidikan Daerah Saratok telah menganjurkan Gawai Ngiling Tikai Warga Pendidikan Daerah Saratok Tahun 2025 bertempat di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Min Syn dekat sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata beliau berasa amat berbesar hati diberi kesempatan untuk merasmikan majlis yang penuh makna, yang bukan sahaja menyambut tradisi dan budaya masyarakat Dayak, khususnya kaum Iban, tetapi turut menjadi wahana penting dalam memperkukuh semangat perpaduan dalam warga Pejabat Pendidikan Daerah Saratok.

“Majlis Ngiling Tikai merupakan satu acara simbolik dalam kalendar masyarakat Iban yang menandakan penutup kepada sambutan Gawai Dayak. 

“Majlis ini juga mencerminkan semangat kekeluargaan, kerharmonian dan perpaduan masyarakat. Ia adalah waktu yang mana keluarga, sahabat dan komuniti berkumpul untuk memperingati semangat gotong-royong dan nilai-nilai murni yang diwarisi sejak turun-temurun,” katanya.

Friday berkata kekuatan perpaduan dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum di negeri ini mesti dikekalkan dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Beliau menambah perpaduan tidak boleh diletakkan di tempat kedua, tetapi ia adalah keutamaan semua demi faedah dan manfaat generasi pada masa depan.

“Sarawak benar-benar sebuah negeri contoh di negara ini kerana rakyat Sarawak saling hormat-menghormati agama, kebudayaan, adat resam serta kepercayaan rakan-rakan kita dan inilah yang menyumbangkan kepada keutuhan perpaduan kaum di Sarawak.

“Perpaduan itu telah wujud sejak sekian lama di sebalik perbezaan, kaum, agama dan kepercayaan serta adat resam,” tegasnya.

Turut hadir ADUN Meluan, Roland Duat Jubin, Pegawai Pendidikan Daerah Saratok  Awet Gapor, Pegawai Pendidikan Daerah Julau, Dali Rain, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok, Beritin Empawi dan Pengetua SMK Julau No.2, Sandak Remang.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Keputusan STPM 2024 diumum pada 24 Jun – MPM
Next: Bantuan sewa RM200 bantu ringankan beban pelajar Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.