Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar puji usaha KWSP tingkat kecukupan pendapatan persaraan
  • SEMASA

PM Anwar puji usaha KWSP tingkat kecukupan pendapatan persaraan

Utusan Sarawak 20 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2025 anjuran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sebuah hotel hari ini. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji usaha Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berterusan mencari pendekatan baharu bagi meningkatkan kecukupan pendapatan persaraan rakyat Malaysia.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata penglibatan KWSP dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) lain mencerminkan perkongsian awam-swasta yang padu yang juga akan meningkatkan infrastruktur penjagaan kesihatan, kebolehcapaian dan kualiti serta mewujudkan sistem yang boleh menyokong semua rakyat. 

“Kita perlu mengiktiraf dan menghargai KWSP yang mencapai prestasi sangat baik dan mereka terus mencari pendekatan baharu untuk meningkatkan kecukupan pendapatan persaraan,” kata beliau menerusi ucapan perasmian di Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2025, di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika jangka hayat penduduk semakin meningkat, tumpuan perlu beralih daripada simpanan sekali gus kepada pendapatan persaraan yang berterusan.

“Kita juga mesti mula memikirkan tentang cara membina sistem yang mencerminkan perpaduan yang lebih utuh, terutamanya bagi mereka yang mempunyai pendapatan seumur hidup yang terhad.

“Dalam wawasan kerajaan, rakyat yang menginjak usia tua tidak seharusnya perlu bimbang tentang kemiskinan, tentang dipinggirkan atau bimbang tidak lagi relevan,” kata beliau.

Perdana Menteri juga berkata negara-negara di seluruh dunia kini sedang menyemak semula dasar buruh dan persaraan mereka susulan jangka hayat penduduk yang lebih lama, lebih sihat dan pilihan kerja yang semakin berkembang.

“Banyak negara telah mula menyesuaikan usia persaraan, mengimbangi kemampanan fiskal dengan keinginan individu untuk terus bekerja – pembaharuan ini diiringi dengan peningkatan fleksibiliti tempat kerja dan usaha untuk memupuk persekitaran yang merangkumi semua usia,” katanya.

Menurut Anwar, ekonomi negara sedang dibentuk semula oleh usahawan mikro, pekerja gig dan mereka yang bekerja sendiri, ketika pasaran buruh sedang mengalami perubahan struktur.

Beliau menegaskan di bawah kerangka Ekonomi MADANI, kerajaan komited untuk melabur dalam pendigitalan, inovasi inklusif dan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Menerusi program seperti Geran Pendigitalan PKS, Rangka Kerja ESG Industri Nasional, dan sokongan bersasar melalui Tekun dan BSN, kita meletakkan asas untuk ekonomi yang inklusif, dipacu inovasi,” katanya.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Pengerusi KWSP Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

ISWC 2025 yang berlangsung selama dua hari dengan tema ‘Living to a Hundred: Are We Prepared?’,menghimpunkan lebih 2,000 peserta, 25 rakan strategik dan 24 penceramah terkemuka dari seluruh dunia. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan utamakan rasionalisasi subsidi RON95 terlebih dahulu sebelum cukai karbon pada 2026
Next: Mangsa penipuan haji diminta tampil buat aduan rasmi – Mohd Na’im

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.