Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Sheqal, penyanyi popular 90-an meninggal dunia pada usia 60 tahun
  • HIBURAN

Sheqal, penyanyi popular 90-an meninggal dunia pada usia 60 tahun

Utusan Sarawak 16 hours ago
PENYANYI 90-an, Sheqal atau nama sebenarnya, Shaharim Salehuddin, 60, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kira-kira 12.31 tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular era 90-an, Sheqal, meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat jangkitan kuman dan komplikasi paru-paru berair di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan, pada 12.31 tengah hari tadi.

Berita pemergian Sheqal atau nama sebenarnya Shaharim Salehuddin disahkan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) Datuk DJ Dave, ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Saya hadir ke ICU Anggerik, Hospital Tuanku Ja’afar untuk melawat arwah. Sebaik tiba, arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan kedua-dua anaknya.

“Sebelum ini, Sheqal ditidurkan kerana paras oksigen menurun. Jenazah dijangka dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Raub, Pahang,” katanya.

DJ Dave menyifatkan penyanyi genre muzik nusantara dan pop tradisional itu sebagai seorang yang peramah dan disenangi ramai.

“Kami kerap sepentas pada era 90-an. Beliau memiliki suara yang unik. Selain itu, dia sangat kelakar dan sering berkongsi cerita lucu setiap kali bertemu,” katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Sheqal, yang popular menerusi lagu Cinta Nusantara, pernah menyuarakan hasrat untuk kembali menetap di kampung halamannya di Kampung Tanjung Putus, Raub, Pahang selepas lebih 40 tahun merantau, selain mahu terus berkarya.

Sheqal dilaporkan berkerusi roda sejak beberapa tahun lalu akibat diserang angin ahmar sebanyak empat kali sejak 2020, dengan serangan terakhir berlaku tiga tahun lepas. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Barisan penyanyi popular bakal gegar pentas Gawai Dayak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.