Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Barisan penyanyi popular bakal gegar pentas Gawai Dayak 2025
  • HIBURAN

Barisan penyanyi popular bakal gegar pentas Gawai Dayak 2025

Utusan Sarawak 17 hours ago
GAWAI Dayak 2025.

KUCHING: Sambutan Gawai Dayak 2025 bakal dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada barisan penyanyi popular tempatan, sekali gus menjanjikan pengalaman penuh warna-warni buat pengunjung.

Antara artis yang dijadual mengadakan persembahan termasuk penyanyi terkenal Meredith, Ramles Walter, Harry Paren, dan Roxy Izy, selain penampilan istimewa kumpulan muzik ExcroZim Band yang dikenali dengan genre etnik kontemporari.

RAMLES Walter dan Roxy Izy.

Persembahan penyanyi ini merupakan sebahagian daripada acara utama Perarakan Gawai Dayak yang akan berlangsung pada Sabtu ini di Tebingan Kuching, bermula 10.00 pagi.

Penampilan mereka bukan sahaja menambahkan kemeriahan acara, malah turut mencerminkan kepelbagaian bakat dalam kalangan anak seni tempatan yang berperanan memartabatkan seni dan budaya masyarakat Dayak.

EXCROZIM Band dan Meredith.

Acara bertemakan Peji Kenep Panau Pegep dan Segulai Sejalai turut mengetengahkan persembahan kebudayaan tradisional serta pelbagai aktiviti komuniti yang menyemarakkan semangat perpaduan.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan dan menikmati persembahan yang pastinya menggamit kenangan Gawai yang penuh bermakna.

Penganjur turut menggesa semua pengunjung agar mematuhi arahan keselamatan dan menjaga kebersihan kawasan sepanjang perarakan berlangsung.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Artis Māori terkenal Rob Ruha bakal gegarkan RWMF 2025
Next: Sheqal, penyanyi popular 90-an meninggal dunia pada usia 60 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.