Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi SAR hari kedua, lelaki hilang mencari katak di hutan Sebauh
  • WILAYAH

Operasi SAR hari kedua, lelaki hilang mencari katak di hutan Sebauh

Utusan Sarawak 21 hours ago
PIHAK berkuasa menjalankan operasi SAR bagi mengesan seorang lelaki yang hilang selepas keluar mencari katak di hutan berhampiran Rumah Puyu, Sebauh. Foto JBPM Sarawak

BINTULU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas keluar mencari katak di hutan sekitar Rumah Puyu, Sebauh diteruskan untuk hari kedua hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi tidak dapat dijalankan pada sesi pagi berikutan hujan lebat di kawasan pencarian.

PIHAK berkuasa menjalankan operasi SAR bagi mengesan seorang lelaki yang hilang selepas keluar mencari katak di hutan berhampiran Rumah Puyu, Sebauh. Foto JBPM Sarawak

“Namun, operasi SAR dimulakan pada 2.00 petang menggunakan konsep L.A.S.T (Follow The Stream) sejauh 1.1 kilometer dari Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) ke dalam hutan dan sepanjang tebing sungai,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi SAR yang turut melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terpaksa ditangguhkan pada 4.40 petang atas faktor cuaca dan keadaan gelap.

Mangsa, Rudy Ranggau, 36 dilaporkan keluar dari kediamannya pada 5.00 pagi, 14 Jun lalu untuk mencari katak berhampiran Sungai Asau dan Sungai Puyu di belakang rumah panjang tersebut, namun tidak pulang sehingga kini.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM128,000 pacu pembangunan komuniti di DUN Mulu
Next: Selepas lebih 10 hari tanpa air, penduduk Lawas kini berdepan gangguan telekomunikasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.