Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Program latihan EV galak belia Sarawak kuasai kemahiran masa depan
  • PENDIDIKAN

Program latihan EV galak belia Sarawak kuasai kemahiran masa depan

Utusan Sarawak 2 days ago
SENATOR Dato’ Ahmad Ibrahim merakamkan gambar kenangan bersama peserta program yang kini sedang mengikuti latihan praktikal dalam bidang EV dan hibrid di Euroauto Garage Sdn Bhd, hari ini. Foto Senator Dato’ Ahmad Ibrahim

KUCHING: Program Kenderaan Elektrik Hibrid dan Pemerhatian Latihan Kemahiran Belia anjuran Quick Skill Sdn Bhd merupakan inisiatif latihan teknikal yang memberi fokus kepada bidang automotif hibrid dan elektrik sejajar dengan perkembangan pesat industri kenderaan elektrik (EV) atau tenaga hijau di peringkat global.

Program yang menyasarkan golongan belia Sarawak sebagai pelapis tenaga mahir ini telah dirasmikan Senator Dato’ Ahmad Ibrahim di Euroauto Garage Sdn Bhd, hari ini.

SENATOR Dato’ Ahmad Ibrahim merakamkan gambar kenangan Pengarah Quick Skill Sdn Bhd, M Janartan Mazhubalan bersama yang lain di Euroauto Garage Sdn Bhd, hari ini. Foto Senator Dato’ Ahmad Ibrahim

Beliau menekankan kepentingan penguasaan teknologi EV dalam kalangan generasi muda, selaras dengan hala tuju negara ke arah ekonomi hijau.

“Kemahiran dalam teknologi EV bukan lagi satu kelebihan, tetapi satu keperluan masa depan. Kita bukan sekadar melahirkan mekanik, tetapi membina inovator yang mampu memacu industri hijau negara,” tegas beliau.

Beliau turut menggesa kerjasama lebih erat antara sektor awam dan swasta dalam memperkasa latihan teknikal serta mencadangkan insentif khas kepada syarikat yang komited dalam pembangunan kemahiran belia tempatan.

PROGRAM Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV) dan Pemerhatian Latihan Kemahiran Belia anjuran Quick Skill Sdn Bhd di Euroauto Garage Sdn Bhd, hari ini. Foto Senator Dato’ Ahmad Ibrahim

Pengarah Quick Skill Sdn Bhd, M Janartan Mazhubalan dalam ucapannya menyambut baik sokongan yang diberikan oleh pimpinan negeri dan menyatakan komitmen syarikat untuk terus melahirkan tenaga mahir Sarawak yang mampu bersaing dalam sektor automotif masa depan.

“Syarikat kami akan terus memainkan peranan dalam melatih lebih ramai tenaga mahir Sarawak yang bersedia menghadapi cabaran industri masa depan,” katanya.

Majlis perasmian turut dihadiri wakil industri, jurulatih teknikal dan peserta program yang kini sedang mengikuti latihan praktikal dalam bidang EV dan hibrid di bengkel khas yang disediakan.

Program ini diharap menjadi model latihan teknikal berimpak tinggi yang boleh diperluaskan ke seluruh Sarawak dan rantau Borneo dalam usaha membangunkan tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi sejajar dengan keperluan industri moden.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kuching juara keseluruhan MPISS 2025
Next: Insentif pendidikan galak pelajar DUN Bukit Saban ke menara gading

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.