Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Spaoh bakal miliki klinik kesihatan baharu, tiga pusat hemodialisis dirancang
  • KESIHATAN

Spaoh bakal miliki klinik kesihatan baharu, tiga pusat hemodialisis dirancang

Utusan Sarawak 20 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan insentif pengajian kepada 13 mahasiswa, enam pelajar diploma dan tiga pelajar SPM yang mendapat 8A dan 9A dari kawasan DUN Bukit Saban di sini, hari ini. -Foto ADUN Bukit Saban

SPAOH: Daerah kecil Spaoh bakal memiliki sebuah klinik kesihatan baharu bagi menggantikan klinik lama sedia ada yang sudah tidak lagi sesuai digunakan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata projek berkenaan merupakan hasil kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan insentif pengajian berjumlah lebih RM30,000 kepada 13 mahasiswa, enam pelajar diploma dan tiga pelajar SPM yang memperoleh 8A dan 9A dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban, di sini, hari ini.

Menurut Uggah, klinik baharu itu dianggarkan menelan kos RM36 juta, di mana KKM akan membiayai sebanyak RM16.5 juta, manakala selebihnya ditanggung oleh BDDA.

“Tapak pembinaan telah dikenal pasti dan diperoleh, manakala pampasan juga telah dibayar kepada pemilik tanah.
“Kita berharap pembinaannya dapat dimulakan secepat mungkin, disasarkan menjelang akhir tahun ini. Minggu depan, kita akan berbincang bersama KKM dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Dr Veronica Lugah, untuk merancang pelaksanaan projek ini,” katanya.

Tambah beliau, klinik baharu ini amat diperlukan kerana fasiliti sedia ada sudah terlalu lama dan tidak lagi sesuai, selain jumlah penduduk yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Sementara itu, menyentuh mengenai cadangan pembinaan tiga pusat hemodialisis di Spaoh, Beladin dan Kabong, Uggah berkata perbincangan lanjut bersama KKM turut akan diadakan.

“BDDA akan menanggung kos pembinaan sebanyak RM5 juta bagi setiap pusat. Saya berharap pembinaan pusat hemodialisis di Spaoh dapat dimulakan hujung tahun ini juga.
“Saya mahu pusat ini siap lebih awal berbanding klinik kesihatan baharu kerana pembinaannya memerlukan tempoh masa yang lebih panjang,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Kem Kesihatan 2025 galak masyarakat amalkan gaya hidup sihat
Next: Kekurangan bukan penghalang, individu OKU berbakti kepada masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.