Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah Panjang simbol perpaduan, pusat kehidupan komuniti
  • Selatan
  • WILAYAH

Rumah Panjang simbol perpaduan, pusat kehidupan komuniti

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Mong Dagang semasa hadir pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Nutup Gawai di Rumah Saba, Kubau Ulu dekat sini semalam. -Foto ADUN Bukit Begunan

SIMANGGANG: Gawai Dayak dalam tradisi masyarakat Dayak merupakan perayaan adat yang sarat dengan nilai spiritual, sosial dan budaya, khususnya sebagai lambang kesyukuran terhadap hasil tuaian dan limpahan keberkatan kehidupan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, Gawai Dayak juga melambangkan keharmonian antara manusia, alam semula jadi dan dunia roh, sebagaimana yang tertanam dalam falsafah hidup masyarakat Dayak.

“Gawai turut menjadi waktu penting untuk seluruh masyarakat berkumpul, sama ada yang tinggal di kampung mahupun di perantauan.

“Dalam suasana Gawai, sebarang perselisihan dapat diselesaikan, hubungan sosial dieratkan, dan semangat solidariti dalam komuniti dapat diperkukuh,” katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Nutup Gawai di Rumah Saba, Kubau Ulu, semalam.

Mengulas lanjut, Mong turut menegaskan kepentingan pentadbiran berterusan yang merujuk kepada kesinambungan dan kestabilan dalam tadbir urus kerajaan tanpa gangguan besar atau perubahan dasar yang mendadak.

“Tiada keperluan untuk menukar dasar setiap kali pilihan raya. Ini membolehkan perancangan jangka panjang dilaksanakan secara berkesan.

“Contohnya, program seperti Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dapat disalurkan dengan cepat dan efisien kerana pentadbiran yang stabil dan mantap,” ujarnya.

Beliau turut menekankan bahawa perpaduan dalam rumah panjang adalah asas keharmonian dan kerjasama dalam kalangan komuniti, khususnya masyarakat Iban, Bidayuh dan pelbagai etnik lain di Sarawak dan Sabah.

“Rumah panjang bukan sekadar tempat tinggal, malah merupakan pusat kegiatan sosial, budaya dan ekonomi masyarakat,” katanya.

Pada majlis tersebut, Mong turut memperuntukkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM7,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Saba, Kubau Ulu, manakala RM5,000 untuk JKKK Rumah Senabong, Kubau Asal dan RM4,000 kepada JKKK Rumah Uli, Kubau Baru dan RM3,000 kepada setiap biro wanita di ketiga-tiga kampung tersebut.

Selain itu, kerja-kerja naik taraf Rumah Panjang Rumah Saba, Kubau Ulu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan peruntukan sebanyak RM100,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang telah diumumkan Mong pada majlis yang diadakan di Rumah Senabong, Kubau Asal tahun lalu.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ting gesa kakitangan MPS terus kekal bersatu hadapi perubahan kepimpinan
Next: Ular bersantai dalam sangkar kucing berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.