Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 10,000 pengunjung dijangka hadir meriahkan Gawai Kitai Ngiling Bidai 2025 di Shah Alam 
  • SEMASA

10,000 pengunjung dijangka hadir meriahkan Gawai Kitai Ngiling Bidai 2025 di Shah Alam 

Utusan Sarawak 23 hours ago
Pengerusi Penganjur Gawai Kitai Ngiling Bidai 2025, Michael Oridecth Dures (kiri), manakala persembahan tarian ngajat turut memeriahkan sidang media yang diadakan di Setia Alam, Shah Alam. Foto Bernama.

SHAH ALAM: Kira-kira 10,000 pengunjung dijangka memeriahkan sambutan Gawai Kitai Ngiling Bidai 2025 atau Sambutan Hari Gawai 2025 yang akan berlangsung pada 28 Jun ini di D’Network@ Setia Eco Park di sini.

Pengerusi penganjur program Michael Oridecth Dures berkata sambutan kebudayaan Sarawak itu antaranya bertujuan memperkenalkan keunikan etnik Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan sebagainya.

Beliau berkata program yang pertama kali diadakan di Semenanjung itu adalah kerjasama antara MOD Solutions Enterprise bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk turut serta dalam sambutan Gawai Kitai Ngiling Bidai yang pertama kali diadakan di Semenanjung ini.

“Marilah bersama-sama kita meraikan kepelbagaian budaya khususnya yang ada di Sarawak, yang menjadi antara tonggak kekuatan negara,” katanya pada sidang media Sambutan Gawai Kitai Ngiling Bidai 2025 di Setia Alam di sini hari ini.  

Michael berkata sambutan Hari Gawai itu juga antara platform untuk memperkenalkan lagi keunikan Sarawak kepada masyarakat tempatan serta pelancong sempena kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Beliau berkata program itu adalah antara usaha pihaknya dalam menyokong kempen Tahun Melawat Selangor 2025 yang dianjurkan oleh kerajaan Selangor.

“Antara aktiviti menarik yang akan dilaksanakan ialah bengkel kebudayaan serta muzik tradisional Sarawak antaranya sape dan jualan makanan pelbagai etnik yang diterbangkan dari Bumi Kenyalang.

“Jadi, kita jemput dan mengalu-alukan orang ramai untuk turut hadir dan merasai keunikan, keramahan dan hospitaliti orang Sarawak, lantas membawa pulang pengalaman yang berharga,” katanya. — BERNAMA

Continue Reading

Previous: Malaysia, Brunei setuju bina CIQ di Pandam, Lumapas
Next: Sarawak kini pengeluar minyak sawit terbesar di Malaysia – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.