Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek jalan pertanian RM4.9 juta bakal manfaatkan komuniti Kampung Krusen Kranji
  • WILAYAH

Projek jalan pertanian RM4.9 juta bakal manfaatkan komuniti Kampung Krusen Kranji

Utusan Sarawak 23 hours ago
ADUN Tebedu, Dr Simon Sinang Bada menyantuni penduduk semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Gawai ‘Nyisan Bunos’ yang berlangsung di Awah Gawai NTangan Biriyak, Kampung Krusen Kranji, semalam. Foto UKAS

TEBEDU: Penduduk Kampung Krusen Kranji serta komuniti sekitarnya bakal menikmati kemudahan infrastruktur yang lebih baik apabila projek pembinaan jalan pertanian bernilai RM4.9 juta dilaksanakan tidak lama lagi.

Projek penting ini diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Gawai ‘Nyisan Bunos’ yang berlangsung di Awah Gawai N’Tangan Biriyak, Kampung Krusen Kranji, semalam.

Jalan pertanian yang bakal dibina ini akan menghubungkan tiga buah kampung iaitu Krusen Siu, Krusen Kranji dan Krusen Mawang, sekali gus membuka akses ke kawasan kebun dan tanah kosong yang sebelum ini agak sukar diakses khususnya ketika musim hujan.

Beliau menjelaskan bahawa projek ini berada di bawah seliaan Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) dan kini masih berada di peringkat awal.

Projek ini sedang melalui proses penyediaan dokumentasi teknikal oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) dan Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

“Projek ini akan memberi kemudahan jaringan jalan ke kawasan kebun dan tanah kosong, serta keselesaan kepada semua pemilik tanah di kawasan tersebut.

“Apabila bersedia, Pejabat Residen Serian akan bertanggungjawab membuka tender,” kata beliau ketika berucap di majlis tersebut.

Sebagai tanda penghargaan kepada usaha komuniti dan penganjur majlis yang berjaya menyemarakkan semangat perpaduan sempena sambutan Gawai ‘Nyisan Bunos’, beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM10,000.

Dana itu akan digunakan untuk pembinaan tandas awam baharu di Awah Gawai N’Tangan Biriyak yang bakal dimanfaatkan semasa pelbagai program masyarakat akan datang.

Projek ini dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan luar bandar, seterusnya merapatkan jurang infrastruktur antara kawasan bandar dan pedalaman di Serian.

-UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Terima kasih kerajaan Sarawak, Kabong terima banyak manfaat pembangunan
Next: RM2.5 juta naik taraf infrastruktur di Kampung Sungai Limo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.