Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pesawat AirAsia bakal papar nama wartawan sebagai penghargaan kepada warga media
  • NASIONAL

Pesawat AirAsia bakal papar nama wartawan sebagai penghargaan kepada warga media

Utusan Sarawak 1 day ago
Tony Fernandes. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: AirAsia akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk memilih seorang wartawan yang namanya bakal dipaparkan pada satu daripada pesawat sebagai penghargaan terhadap sumbangan warga media kepada negara, seperti diumumkan semasa sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025. 

Pengasas bersama AirAsia merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes berkata nama itu akan dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

“Ia akan dilancarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 sebaik sahaja nama dipilih,” katanya selepas menghadiri sambutan HAWANA 2025 di sini hari ini.

Terdahulu, Fernandes berkata beliau sudah lama berhasrat untuk menamakan pesawat syarikat penerbangan itu dan memilih memulakan inisiatif ini di HAWANA 2025. 

Selain menamakan pesawat dengan nama wartawan dan paparan “livery” atau imej di badan pesawat, turut ditampilkan maklumat mengenai landskap media tempatan untuk pengetahuan penumpang.

Mengulas mengenai mekanisme permohonan diskaun 50 peratus bagi petugas media di Malaysia, Fernandes berkata AirAsia akan menyediakan laman sesawang khas dan diskaun itu boleh ditebus menggunakan baucar khas yang bakal dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan (JaPen).

Terdahulu, Fahmi dalam ucapannya mengumumkan pengamal media yang memegang kad perakuan media yang dikeluarkan oleh JaPen bakal layak menikmati diskaun 50 peratus secara sekali beri bagi pembelian tiket perbangan pergi balik ke mana-mana 57 destinasi negara anggota ASEAN.

Inisiatif itu hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dengan AirAsia bersempena Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia.

Tempahan tiket akan dibuka hingga 31 Dis 2025, manakala tempoh penerbangan bermula April hingga September 2026, serta butiran dan mekanisme tempahan tiket bakal diumumkan oleh JaPen dalam masa terdekat.– BERNAMA 

Continue Reading

Previous: Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa – wakil media
Next: Kumpulan pertama jemaah haji negara selamat tiba di tanah air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.