Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Terima kasih kerajaan Sarawak, Kabong terima banyak manfaat pembangunan
  • WILAYAH

Terima kasih kerajaan Sarawak, Kabong terima banyak manfaat pembangunan

Utusan Sarawak 1 day ago
Dato Mohd Chee Kadir semasa menghadiri majlis sambutan Hari Gawai Dayak peringkat DUN Kabong bertempat di Dewan LAKIN, Nyabor, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menzahirkan penghargaan terima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana telah meluluskan pelbagai projek pembangunan yang bakal dirancang dan telah dilaksanakan, khususnya bagi manfaat penduduk rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.

Beliau berkata sejak menjadi wakil rakyat, kawasan DUN Kabong telah dilimpahi dengan pelbagai projek seperti Program Transformasi Luar Bandar (RTP) serta Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

“Untuk pengetahuan semua, sebanyak RM20.5 juta peruntukan daripada BDDA telah diluluskan melibatkan 11 projek dan RM970,000 diluluskan melalui peruntukan RTP DUN Kabong bagi melaksanakan tiga projek,” katanya semasa menghadiri majlis sambutan Hari Gawai Dayak peringkat DUN Kabong di Dewan LAKIN, Nyabor, di sini hari ini.

Antara 11 projek BDDA yang diluluskan itu ialah projek lampu jalan dari Roban sehingga Kabong yang kini sedang rancak dilaksanakan dengan peruntukan RM4 juta.

Projek lampu solar rumah panjang (RM2 juta), projek naik taraf perparitan di rumah panjang (RM2 juta) akan bermula tidak lama lagi, naik taraf jalan bersimen Rumah Belayong, Empait Ulu Roban, Rumah Nangkai Janggat Panjang Atas serta Rumah Tira Brundang Sungai Antu.

Selain itu, cadangan pembinaan lima dewan masyarakat yang bakal memanfaatkan 25 rumah panjang di DUN Kabong dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM12.5 juta iaitu RM2.5 juta bagi pembinaan dewan masyarakat.

Bagi peruntukan RTP pula, sebanyak tiga projek telah diluluskan iaitu membina dan menaik taraf sebuah Dewan Serbaguna di Kampung Kranggas Baru Roban bernilai RM730,000 serta naik taraf jalan dan jeti Rumah Chaong Tinggir berjumlah RM240,000.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai banyak perancangan jangka panjang untuk membawa lebih banyak pembangunan ke kawasan luar bandar terutamanya di kawasan Kabong itu sendiri.

“Usaha kerajaan untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur asas, utiliti, kemudahan sosial dan banyak lagi ini telah membolehkan masyarakat di DUN Kabong amnya telah menikmati taraf hidup yang lebih baik.

“Melalui RTP dan juga BDDA, banyak perancangan yang telah dicadangkan untuk membangunkan DUN Kabong, saya yakin konstituensi ini akan membangun seperti daerah-daerah lain,” katanya.

Chee Kadir berkata ini jelas membuktikan bahawa kerajaan GPS adalah kerajaan yang inklusif, adil dan tidak memilih bulu dalam melaksanakan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyatnya.

“Saya percaya kerajaan Sarawak akan terus komited untuk merancakkan pembangunan infrastruktur di kawasan DUN Kabong melalui pelbagai inisiatif sedia ada dan baharu seperti projek di bawah peruntukan BDDA dan juga RTP,”  katanya.

Majlis sambutan Hari Gawai Dayak peringkat DUN Kabong ini adalah penganjuran kali ketiga diadakan yang dianjurkan oleh Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) masyarakat Iban kawasan DUN N.40 Kabong yang diketuai oleh Penghulu Micheal Daji Awie dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Gawai Dayak lambang keamanan, kesejahteraan masyarakat
Next: Projek jalan pertanian RM4.9 juta bakal manfaatkan komuniti Kampung Krusen Kranji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.