Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KNFM platform sokong produk tempatan, alam sekitar
  • TEMPATAN

KNFM platform sokong produk tempatan, alam sekitar

Utusan Sarawak 1 day ago
PENGURUS Besar Utusan Sarawak, Ivy Ngo (kanan) merakam gambar bersama Dato Wee Hong Seng (ksempena Hari Alam Sekitar 2025 di Dewan Masyarakat MBKS, hari ini.

KUCHING: Kuching Natural Farmers’ Market (KNFM) yang berlangsung bersempena sambutan Hari Alam Sekitar 2025 anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mendapat sambutan menggalakkan daripada warga Kuching, khususnya mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan mesra alam.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng berkata, KNFM merupakan platform unik yang menampilkan hasil pertanian dan produk kraftangan tempatan yang dihasilkan secara semula jadi tanpa sebarang penggunaan baja kimia atau racun perosak.

GERAI hasil tani organik yang menonjolkan komitmen kepada pertanian lestari tanpa baja kimia dan racun perosak.

“KNMF ini menjadi tarikan utama kepada pengguna berkesedaran tinggi terhadap kesihatan dan kelestarian yang juga bersemangat menyokong pengusaha tempatan,” katanya semasa berucap sempena sambutan Hari Alam Sekitar 2025 di Dewan Masyarakat MBKS, hari ini.

Menurut beliau, MBKS telah mula menyokong penganjuran KNMF berkenaan sejak tahun 2024 dan kini ia diadakan secara berkala pada Sabtu, minggu pertama dan ketiga setiap bulan di perkarangan Dewan Masyarakat MBKS, sekali gus memberi ruang kepada petani dan usahawan tempatan memasarkan produk mereka secara langsung kepada pengguna.

DATUK Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng bersama yang lain berkumpul di bawah satu bumbung menyokong usaha kelestarian dan gaya hidup sihat.

Inisiatif ini turut disifatkan sebagai selari dengan matlamat bandar raya hijau dan mampan yang digariskan dalam pelan pembangunan MBKS.

Gerai hasil tani organik yang ada di KNFM hari ini.

Menurut Wee lagi, KNMF bukan sahaja memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barangan segar dan bebas bahan kimia, malah turut memperkukuh semangat komuniti dan jaringan ekonomi setempat yang lebih inklusif serta lestari.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kestabilan politik asas pembangunan Sarawak
Next: MBKS jayakan Pertandingan Eco Glam Fashion Face-Off, didik cilik sayangi alam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.