Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 1,621 badan sukan aktif di Sarawak, KPOBS fokus tambah baik tadbir urus
  • SUKAN

1,621 badan sukan aktif di Sarawak, KPOBS fokus tambah baik tadbir urus

Utusan Sarawak 1 day ago
SUHARDI Alias telah merasmikan Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan (KPOBS) Peringkat Zon Selatan Sri Aman, dekat sini hari ini. Foto Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman

SIMANGGANG: Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan (KPOBS) Peringkat Zon Selatan Sri Aman, dekat sini hari ini.

Kursus tersebut dirasmikan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Suhardi Alias telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana telah menerima pengesahan penyertaan lebih dari 40 peserta terdiri dari pemegang jawatan badan sukan yang berada di Bahagian Sri Aman, dimana ia merupakan salah satu daripada siri kursus yang direncanakan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak tahun 2025. 

Kursus pada hari ini merupakan julung kalinya dilaksanakan di Bahagian Sri Aman di mana sebelum ini jelajah kursus seumpama ini telah dilaksanakan di semua bahagian di negeri Sarawak dari Bahagian Kuching sehingga ke Bahagian Limbang.

Seramai lebih 1,000 peserta dari lebih 500 badan sukan telah direkodkan menyertai kursus anjuran pejabat ini sejak 2011 dan jumlah ini akan bertambah kerana kursus seumpama ini sememangnya merupakan program tahunan pejabat ini.

Ia merupakan satu program pendidikan yang menyasarkan pemegang jawatan badan sukan di Sarawak yang kurang atau tiada pengalaman dan pengetahuan mengenai asas pentadbiran badan sukan di Malaysia.

Objektif penganjuran kursus ini adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang pengurusan dalaman badan sukan, memberi pendedahan kepada peserta tentang peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia serta meningkatkan pemahaman mengenai peranan dan tanggungjawab pemegang jawatan dalam badan sukan.

Selain itu, perserta yang menghadiri kursus ini diharapkan akan dapat mengetahui tentang tatacara pengurusan mesyuarat, kaedah penyediaan maklumat yang kena beri (MYKB) yang lengkap dan teratur yang perlu dikemukakan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

40 peserta hadiri Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan hari ini. Foto Foto Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman

Kandungan kursus akan ditambah baik seiring dengan perkembangan ekosistem sukan yang bersifat dinamik bertujuan memastikan badan sukan di Malaysia khususnya tidak ketinggalan meningkatkan kecekapan tadbir urus yang cemerlang dalam membangunkan sukan negara secara umumnya.

Antara pengisian baharu yang akan dimasukkan dalam kursus anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan adalah pengenalan kepada ‘Kod Sukan Selamat’ yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2023.

Ia merangkumi pengurusan pertikaian dalaman badan sukan serta kursus penyediaan pelan strategik badan sukan yang dilihat merupakan nilai tambah yang perlu ada dalam sebuah badan sukan terutamanya badan sukan kebangsaan, negeri, bahagian ataupun daerah.

Berdasarkan statistik badan sukan negeri Sarawak setakat Mei tahun ini, sebanyak lebih 90 buah badan sukan baharu telah didaftarkan dan lima badan sukan adalah berdaftar dari Bahagian Sri Aman.

Ini menjadikan jumlah terkini badan sukan di Sarawak setakat ini adalah sebanyak 1,621 badan sukan yang merangkumi dua badan sukan kebangsaan, 101 badan sukan peringkat negeri, 218 badan sukan peringkat bahagian dan 1,300 badan sukan peringkat kelab. Jumlah ini adalah kedua tertinggi di Malaysia selepas Selangor.

Walaupun begitu, jumlah badan sukan yang dibatalkan pendaftarannya di negeri ini sejak 2011 sehingga setakat Mei 2025 agak tinggi iaitu sejumlah 828 badan sukan. 

Untuk tahun 2025 sahaja setakat Mei 2025, 40 badan sukan telah dibatalkan dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat kerana trend badan sukan yang culas untuk mengemukakan MYKB atau laporan tahunan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan yang wajib dikemukakan setiap tahun.

Diharapkan agar dengan pelaksanaan kursus seumpama ini akan memberikan impak positif dengan penurunan jumlah badan sukan yang dibatalkan pendaftaran atas sebab tidak aktif kerana tidak menghantar MYKB.

Selain itu, pemegang jawatan badan sukan lebih bertanggung jawab dalam menjalankan tugas yang perlu dilaksanakan selepas diluluskan pendaftaran badan sukan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Fazzrudin Presiden FAS baharu
Next: 32 Pasukan berentap di Kejohanan Futsal Piala ADUN Tamin, 27-28 Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.