Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Tiket Konsert ‘Sold Out’ Inteam bakal umum berita baik buat peminat
  • HIBURAN

Tiket Konsert ‘Sold Out’ Inteam bakal umum berita baik buat peminat

Utusan Sarawak 1 day ago
TIKET Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun yang bakal berlangsung di IdeaLive Arena, Petaling Jaya dekat sini pada 28 September depan, habis terjual dalam tempoh sejam selepas dilancarkan dalam talian bermula 12.00 tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR: Tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun yang bakal berlangsung di IdeaLive Arena, Petaling Jaya dekat sini pada 28 September depan, habis terjual dalam tempoh sejam selepas dilancarkan dalam talian bermula 12.00 tengah hari tadi.

Fenomena itu membuktikan populariti kumpulan nasyid yang dianggotai Mohd Syahril Abdul Khalid, Hazamin Harun, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim Osman masih mendapat tempat di hati peminat.

Hazamin ketika dihubungi Bernama, berkata beliau bersyukur kumpulan yang telah menjangkau 25 tahun usianya dalam arena muzik tempatan itu masih mendapat sokongan padu daripada peminat. 

“Memang cukup terharu dan bersyukur sebab selepas 25 tahun, Inteam masih lagi menerima sokongan padu daripada peminat. Kami tak sangka dapat tarik semula peminat lama, dan pada masa sama ramai juga dalam kalangan Gen Z yang bersaing untuk dapatkan tiket.

“Sambutan yang sangat menggalakkan sehinggakan trafik laman jualan melebihi 80,000 pengunjung pada satu masa (waktu puncak). Ada juga pengguna yang menggunakan hingga 10 peranti dan sistem bot untuk mendapatkan tempat ke konsert ini,” katanya yang turut memohon maaf kepada peminat yang tidak sempat membeli tiket.

Ketika ditanya kemungkinan tarikh tambahan atau alternatif buat peminat yang tidak berjaya mendapatkan tiket, beliau berkata kumpulan itu sedang meneliti beberapa pilihan termasuk menambah hari konsert atau menayangkan rakaman konsert secara dalam talian.

Terdahulu, kumpulan yang popular dengan lagu Kasih Kekasih dan Nur Kasih itu mengumumkan tiket konsert Inteam habis terjual dalam masa sejam di laman rasmi Instagram mereka.

Rata-rata peminat kumpulan berkenaan melahirkan rasa syukur apabila berjaya mendapatkan tiket dan ada juga yang menuntut tambahan hari selepas gagal merebut tempat ke konsert berkenaan.

Pengguna laman Instagram @lyana.athirah antara yang meluahkan rasa gembira apabila berjaya mendapatkan tiket tersebut selepas ‘bertempur’ dengan ribuan peminat lain.

“Alhamdulillah, dapat purchased empat tiket, tangan masih shaking tidak percaya, best birthday gift ever,” katanya.

Berbeza pula nasib pengguna seperti @fadhrosli, @namekusuhailie_, @adeeepshinoda dan @syznazahari yang mahu Inteam mengadakan konsert hari kedua selepas ‘kalah’ dalam persaingan tersebut.

Sebelum ini, Bernama melaporkan sambutan luar biasa peminat memaksa konsert itu dipindahkan ke lokasi lebih besar di IdeaLive, selepas tiket untuk tarikh asal pada 27 September habis terjual dalam tempoh dua jam selepas dilancarkan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Maher Zain kembali dengan Konsert Jelajah Asia Tenggara
Next: Hael Husaini janjikan pengalaman hebat di Konsert Hael Husaini & Repertoire

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.