Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Trash to Hope’ mesej transformasi sisa kepada sumber bernilai penuh harapan
  • TEMPATAN

‘Trash to Hope’ mesej transformasi sisa kepada sumber bernilai penuh harapan

Utusan Sarawak 1 day ago

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) hari ini menganjurkan sambutan Hari Alam Sekitar 2025 di Dewan Masyarakat MBKS dengan tema ‘Trash to Hope’, yang membawa mesej transformasi sisa kepada sumber bernilai dan penuh harapan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng, yang menekankan kepentingan kerjasama masyarakat dalam usaha memelihara alam sekitar melalui tindakan kolektif dan lestari.

Pelbagai aktiviti berasaskan komuniti diadakan sepanjang program, antaranya Program Bank Sampah MBKS yang melibatkan kutipan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa), minyak masak terpakai, serta bahan kitar semula seperti kertas, botol PET, aluminium dan besi buruk.

Turut mencuri perhatian ialah pertandingan Eco Glam Fashion Face-Off, yang menyaksikan penyertaan kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah memperagakan fesyen kreatif hasil ciptaan mereka menggunakan bahan terpaka sebagai langkah awal memupuk kesedaran alam sekitar sejak usia muda.

Dalam ucapannya, Wee turut mengetengahkan peranan Kuching Natural Farmers’ Market yang berlangsung serentak dengan program tersebut.

Beliau menyifatkannya sebagai satu inisiatif unik yang menyokong pertanian semula jadi tanpa penggunaan baja kimia dan racun perosak.

“Pasar ini menampilkan hasil pertanian dan produk kraf tempatan yang asli dan bebas bahan kimia.

“Ia menarik minat pengguna yang prihatin terhadap kesihatan dan kelestarian, selain memberi sokongan kepada usahawan tempatan,” ujarnya.

Wee memaklumkan bahawa MBKS telah menyokong penganjuran pasar tersebut sejak 2024, dan kini ia diadakan secara berkala pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan di perkarangan MBKS.

Sebagai manifestasi semangat masyarakat penyayang, MBKS turut menganjurkan Kempen Sumbangan Makanan dengan kerjasama Kuching Food Aid, bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan di sekitar Kuching.

“Kami menggalakkan orang ramai menyumbang barangan makanan kering dan keperluan asas.

“Walaupun sumbangan itu kecil, ia mampu membawa harapan dan memulihkan maruah mereka yang memerlukan,” katanya.

Wee turut menzahirkan keyakinan bahawa melalui keprihatinan masyarakat dan jaringan kerja bersama Kuching Food Aid, inisiatif murni ini akan membentuk komuniti inklusif yang tidak meminggirkan sesiapa.

“Dengan semangat kebersamaan, kita mampu membina sebuah Kuching yang lebih hijau, sihat dan penyayang,” tambahnya.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JCI MPI meterai MoU dengan JCI Mandarin Sibu tubuh organisasi belia baharu
Next: Rubiah cadang tubuh kelab belia, usaha cegah jenayah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.