Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM5 juta diperuntuk bagi 21 cadangan projek pembangunan di Kalaka
  • Tengah
  • WILAYAH

RM5 juta diperuntuk bagi 21 cadangan projek pembangunan di Kalaka

Utusan Sarawak 1 day ago
MOHAMAD Duri telah menghadiri bengkel penyediaan senarai projek RTP Bahagian Betong 2026 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, semalam. Foto ADUN Kalaka

KUCHING: Sebanyak 21 cadangan projek pembangunan disenaraikan bagi pelaksanaan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka, melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, cadangan projek tersebut adalah hasil maklum balas daripada penduduk kampung yang mahu penyelesaian terhadap pelbagai isu infrastruktur dan kemudahan asas di kawasan mereka.

“Cadangan ini lahir daripada suara rakyat di peringkat akar umbi. Ia merupakan keperluan sebenar penduduk kampung yang berharap agar masalah seperti jalan rosak, sistem saliran dan kemudahan awam dapat diatasi melalui pelaksanaan projek-projek ini,” katanya.

Jelasnya, peruntukan RM5 juta yang disalurkan setiap tahun sejak 2015 oleh kerajaan Sarawak di bawah RTP telah terbukti memberi impak besar dalam memacu pembangunan luar bandar di seluruh negeri, termasuk Kalaka.

“Peruntukan ini mampu menjangkau ke setiap pelusuk kawasan, sekali gus mempercepat pembangunan infrastruktur dan menaik taraf kemudahan asas yang sekian lama ditunggu rakyat,” ujarnya.

Mohamad Duri berkata demikian semasa menghadiri Bengkel Penyediaan Senarai Projek RTP Bahagian Betong 2026 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Bengkel tersebut bertujuan menyelaras dan merancang pelaksanaan projek pembangunan fizikal secara sistematik, agar pelaksanaannya benar-benar memberi manfaat langsung kepada rakyat, khususnya di kawasan DUN Kalaka.

Daripada 21 projek yang dicadangkan bagi 2026, tujuh projek akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), lima projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), dan sembilan projek akan dilaksanakan oleh Majlis Daerah Saratok

Penentuan agensi pelaksana, jelasnya, dibuat berdasarkan skop dan kepakaran masing-masing bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar serta menepati keperluan sebenar di lapangan.

“Kita berharap kesemua projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi impak langsung kepada rakyat dalam tempoh yang ditetapkan,” tambah Mohamad Duri.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 160 pelajar B40 terima cermin mata percuma bagi bantu pembelajaran
Next: 600 sertai Program Pagi Tanpa Kenderaan di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.