Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Rebut peluang pendidikan percuma bermula tahun hadapan
  • PENDIDIKAN

Rebut peluang pendidikan percuma bermula tahun hadapan

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Mong Dagang hadir pada Majlis Randau@Begunan Tahun 2025 bertempat di Rumah Baha Biran, Lunchong Asal, Tanjung Bijat dekat sini semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

LINGGA: Pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan adalah digesa untuk merebut peluang pendidikan percuma yang disediakan oleh kerajaan Sarawak dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya agar dapat menyumbang untuk memajukan negeri ini satu hari kelak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata pendidikan percuma di peringkat universiti dan pusat pengajian tinggi milik kerajaan Sarawak untuk anak jati negeri ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

“Sarawak bakal mencipta sejarah apabila menjadi wilayah pertama di Malaysia yang menawarkan pendidikan percuma kepada semua anak Sarawak menjelang tahun depan.

“Hasrat kerajaan Sarawak menyediakan pendidikan percuma adalah untuk memastikan lebih ramai lagi anak-anak Sarawak berkelayakan dan berkemampuan menggunakan teknologi baharu untuk memacu pembangunan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Randau@Begunan Tahun 2025 bertempat di Rumah Baha Biran, Lunchong Asal, Tanjung Bijat semalam.

Justeru, beliau menggalakkan lebih ramai anak Sarawak termasuk di DUN Bukit Begunan untuk meningkatkan prestasi pelajaran agar mereka dapat menikmati peluang itu apabila dilaksanakan kelak.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan penilaian standard pelajar Program Dwi Bahasa (DLP) Sarawak akan mula dilaksanakan di Sarawak bermula Oktober tahun ini yang bertujuan menilai tahap pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di bawah program DLP Sarawak.

“Selepas seseorang murid tersebut mendapat keputusan yang cemerlang, maka ibu bapa jangan sesekali takut untuk menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa. Sekolah ini telah siap dibina di Kuching, Bintulu serta tempat lain di Sarawak,” ujarnya.

DATUK Mong Dagang hadir pada Majlis Randau@Begunan Tahun 2025 bertempat di Rumah Baha Biran, Lunchong Asal, Tanjung Bijat dekat sini semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

Dalam perkembangan lain, beliau berkata peningkatan kemudahan asas dan infrastruktur seperti jaringan jalan raya adalah sesuatu yang amat penting terutamanya pertumbuhan sektor ekonomi bagi sektor perniagaan. 

“Sebagai contoh kegiatan kraf tangan iaitu produk pua kumbu, tetapi di kawasan Bukit Begunan, kegiatan ekonomi membuat pua kumbu ini belum lagi meluas tidak seperti di kawasan lain, seperti Kapit,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Mong turut menyerahkan tujuh geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM35,000, selain memperuntukkan RM100,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kerja naik taraf rumah panjang.

Peruntukan lain termasuk RM7,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan RM3,000 untuk Biro Wanita Rumah Baha Lunchong.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: UTM pasukan pertama negara yang berjaya mara ke peringkat akhir IREC 2025
Next: Beberapa jurusan IPT perlu disemak semula selaras perkembangan teknologi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.