Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Allan usul dua projek baharu, feri dijangka siap tahun ini
  • TEMPATAN

Allan usul dua projek baharu, feri dijangka siap tahun ini

Utusan Sarawak 1 day ago
RAMP FERI… Kerja-kerja membaik pulih ramp feri sedang giat dijalankan dan hanya menunggu kelulusan untuk kembali beroperasi demi kemudahan penduduk antara Ngemah dan Machan.

KANOWIT: Kemudahan perkhidmatan feri amat diperlukan di daerah ini bagi menghubungkan kawasan seberang antara Ngemah dan Machan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong, berkata kerja-kerja membaik pulih ramp feri kini sedang dijalankan dan hanya menunggu kelulusan untuk beroperasi semula.

Menurut Allan, kerja-kerja tersebut dijangka siap tahun ini demi keselesaan dan kemudahan penduduk yang bergantung kepada perkhidmatan itu untuk menyeberangi sungai.

“Projek ini sepatutnya siap pada Jun 2021, namun terpaksa ditangguhkan kerana paras air yang cetek serta kerosakan struktur ramp,” jelasnya.

Allan menegaskan bahawa perkhidmatan feri amat penting bagi menjimatkan masa perjalanan antara Ngemah dan Machan, memandangkan Machan terletak berhampiran pasar Kanowit, di mana kebanyakan urusan rasmi termasuk hospital dan pejabat daerah dijalankan.

Dalam perkembangan lain, Allan memaklumkan bahawa akan mengusulkan dua projek pembangunan baharu bagi meningkatkan kemudahan untuk penduduk setempat.

Antaranya ialah pembinaan semula Dewan Masyarakat Kanowit yang lebih besar serta penubuhan Pusat Perniagaan Bersepadu Kanowit (Kanowit Business Integrated Center) yang akan menempatkan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), SESCO dan Telekom.

Pusat ini, jelasnya, akan membolehkan penduduk membuat urusan dan pembayaran bil di satu lokasi yang lebih mudah diakses.

“Saya akan berusaha memproses permohonan bagi pembinaan semula dewan baharu kerana dewan sedia ada sangat terhad dan bersaiz kecil,” katanya.

Allan berharap cadangan tersebut akan mendapat kelulusan segera kerana ia amat penting dan bermanfaat kepada penduduk di kawasan Kanowit.

“Dengan adanya kemudahan ini, ia bukan sahaja memudahkan urusan penduduk malah membantu mengurangkan kesesakan di pasar Kanowit,” tambahnya.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Gawai lambang perpaduan, bukan sekadar pesta – Tiong
Next: Keluasan tanaman, pengeluaran nanas Sarawak capai 2,350 hektar – LPNM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.