Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kelab Sukan Dart Saratok raikan golongan asnaf, anak yatim
  • WILAYAH

Kelab Sukan Dart Saratok raikan golongan asnaf, anak yatim

Utusan Sarawak 1 day ago
SEBAHAGIAN ahli KSDS, ahli keluarga serta jemputan khas merakam kenangan sempena Majlis Ramah Tamah Aidiladha anjuran KSDS dengan kerjasama pensyarah, Tunza Mohammad Riduan yang diadakan di Saratok, baru-baru ini. Foto: Tarani Lanting

SARATOK: Seramai 150 orang termasuk ahli jawatankuasa dan ahli Kelab Sukan Dart Saratok (KSDS) memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidiladha anjuran kelab itu yang berlangsung baru-baru ini.

Majlis tersebut mendapat kerjasama pensyarah, Tunza Mohammad Riduan dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan khas terdiri daripada keluarga asnaf dan komuniti setempat.

Program berkenaan diadakan bagi meraikan golongan asnaf, ibu tunggal, anak-anak yatim serta pelajar sekolah rendah dan menengah.

Beliau turut menyumbangkan dana dan seekor kambing bagi menjayakan majlis tersebut selain menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal, keluarga asnaf dan anak-anak yatim.

Pelajar sekolah rendah dan menengah yang hadir turut menerima duit raya sebagai tanda ingatan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan santai sambil para hadirin menikmati juadah yang disediakan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SJKC Kiang Hin tekad perkasa pendidikan holistik
Next: 160 pelajar B40 terima cermin mata percuma bagi bantu pembelajaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.