Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Sos kacang istimewa, tarikan utama Klasik Burger BBM Stall
  • RENCANA

Sos kacang istimewa, tarikan utama Klasik Burger BBM Stall

Utusan Sarawak 2 days ago
MENGGALAKKAN…Razzis berpuas hati sambutan pelanggan hasil produk yang diusahakannya. Foto: Razzis Kumar Bujang

REZEKI ada di mana-mana, tetapi kita perlu berusaha untuk mencapai apa yang kita ingini serta menjamin masa depan yang baik.

Apa pun kerja yang kita usahakan, yang penting kerja itu halal supaya kita dapat mencari rezeki dan memperoleh hasil dari titik peluh sendiri.

Dengan adanya pekerjaan yang dilakukan, kita dapat membantu mengurangkan beban keluarga walaupun hasilnya tidak begitu lumayan.

Bagi Razzis Kumar Bujang, 39 tahun, yang berasal dari Matu, Mukah, menjual burger merupakan sumber pendapatannya.

Berpegang kepada prinsip ‘kongsi rezeki’ anak muda berketurunan Melanau ini, menceritakan sejarah bermulanya berniaga burger yang cukup mencabarkan.

TEKUN…Razzis menyediakan tempahan burger daripada pelanggan. Foto: Razzis Kumar Bujang

Permulaan di mana beliau teringin sangat mahu berniaga dengan menjual burger pada Regata Baram 2014, tetapi tiada modal.

Razzis, sudah lama berhijrah ke Marudi dan menetap di Kampung Dagang terus menguatkan semangat dan menjadikan rumah mereka sebagai Inap Desa untuk disewa pada Regata Baram 2014.

“Syukur alhamdullilah dengan sokongan dan bantuan saudara mara dan sahabat handai, saya menerima banyak panggilan telefon untuk menempah dan menginap di Inap Desa pada masa itu,” katanya.

Beberapa hari selepas Regata Baram pada tahun 2021, Razzis mendapat hasil lumayan dan pada masa itulah wujudnya ‘Burger Budak Melayu’ atau dikenali sebagai BBM Stall terletak di Kampung Dagang sehingga sekarang.

SEDAP…KLASIK Burger Stall milik Razzis Kumar menjadi tumpuan penggemar burger. Foto: Razzis Kumar Bujang

Katanya, sebagai anak dagang berjual burger di tepi jalan banyak cabaran, halangan dan dugaan yang dihadapi.

“Terus terang saya katakan saya pernah mengelami kegagalan tetapi saya tidak putus asa dan tidak berhenti setakat itu,” cerita Razzis.

Pada masa sama Razzis membuat keputusan untuk menambahbaik gerai burgernya dengan membuat lebih besar sedikit dari yang sebelumnya.

Katanya, berniaga di tepi jalan memang banyak cabaran dan saya teruskan juga walau apa sekalipun cabaran dan dugaan yang dihadapi sepanjang berniaga.

PELANGGAN datang untuk membuat tempahan burger di Klasik Burger BBM Stall. Foto: Razzis Kumar Bujang

Menurut Razzis 2014 hingga 2020, lebih kurang enam tahun menjual burger maka sudah sampai masanya untuk membuat satu perubahan dalam bisnes burger untuk menarik lebih ramai pelanggan iaitu penjenamaan semula nama dari Burger Budak Melayu (BBM Stall) kepada Klasik Burger BBM Stall.

“Saya juga mengubah suai gerai baharu bercirikan klasik moden dengan tambahan sedikit elemen reka bentuk Inggeris,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya beliau berpuas hati kerana semua kerja-kerja membaikpulih gerainya adalah hasil daripada tangan beliau sendiri dengan bantuan rakan-rakannya.

Razzis ubah cara perniagaan jualan burger yang lebih ke arah kongsi rezeki di mana setiap satu sen daripada jualan burger yang pelanggan beli, beliau beri kepada yang memerlukan dengan cara menghantar ke Baitulmal.

Di samping itu, Razzis memilih hari tertentu untuk membuat jualan promosi di mana pemberian ‘doorgift’ kepada pelanggan yang membeli RM15.00 ke atas.

“Klasik Burger BBM Stall masih mengekalkan resepi sos kacang keluarga turun-temurun dari awal perniagaan saya dan mengekalkan rasa kualiti sos yang dibuat sendiri sehingga hari ini,” beritahu Razzis.

“Sos kacang masih menjadi pilihan pelanggan saya dan Insya-Allah saya akan pelbagaikan menu tambahan dari semasa ke semasa,” katanya.

Tambah Razzis setakat ini, menu tambahan seperti Classic Crispy Chicken, Classic Bezella Home Made, Classic Lazell Home Made, Fries Meloehdan yang terbaru Naked Crispy Chicken Burger.

Hasil usaha dan kegigihan sebagai penjual buger tepi jalan kini Razzis dan dibantu dua orang pekerjanya mampu meraih keuntungan RM200 hingga RM300 sehari di mana Razzis mendapat tempahan antara 120 hingga 140 burger setiap hari.

Oleh Jiku Juguong 

Continue Reading

Previous: Bersih dosa dengan ujian
Next: Mencari jati diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.