Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • 601,000 peminjam, 13,000 PKS, tidak ambil kemudahan moratorium
  • BISNES

601,000 peminjam, 13,000 PKS, tidak ambil kemudahan moratorium

Utusan Sarawak 5 years ago
TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR: Jumlah peminjam individu yang meneruskan bayaran ansuran pinjaman dan tidak mengambil kemudahan moratorium (opt-out) meningkat kepada 601,000 pada bulan Julai 2020 daripada 331,000 peminjam pada bulan April, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam.

“Manakala jumlah peminjam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memilih untuk tidak mengambil kemudahan ini telah meningkat kepada 13,000 daripada 5,000 peminjam dalam tempoh yang sama,” katanya.

Tengku Zafrul menambah pelbagai data ekonomi telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang memberangsangkan hasil daripada langkah yang diambil oleh kerajaan, pembukaan ekonomi secara berperingkat pada bulan Mei 2020 dan pelaksanaan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) mulai bulan Jun 2020.

Beliau memberikan beberapa contoh, antaranya eksport negara berkembang 8.8 peratus pada bulan Jun 2020, kepada RM82.9 bilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM20.9 bilion, nilai tertinggi yang pernah direkodkan.

Indeks Pengeluaran Perindustrian pula meningkat 18.2 peratus pada bulan Mei 2020 berbanding April 2020 dengan sektor pembuatan melonjak 25.9 peratus manakala sektor elektrik meningkat 13.7 peratus dalam tempoh yang sama.

Jualan sektor pembuatan adalah sebanyak RM90.2 bilion bagi bulan Mei 2020, mengukuh 19.1 peratus berbanding bulan April 2020.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kerajaan sedar bahawa usaha pemulihan dan pembangunan ekonomi masih di tahap awal dan masih ada rakyat dan perniagaan yang memerlukan sokongan tambahan untuk bangun semula.

“Dalam keadaan yang tidak pernah kita alami sebelum ini, kerajaan juga ingin mengelakkan satu keadaan di mana peminjam menghadapi kekangan kewangan yang berterusan apabila berakhirnya moratorium secara am pada 30 September 2020.

“Bagi mereka yang mampu, bayaran balik pinjaman perlu diteruskan mulai 1 Oktober 2020 bagi memastikan kitaran modal yang mampan untuk memulih dan menjana semula pertumbuhan ekonomi negara,” kata Tengku Zafrul.

Sehubungan itu, kementerian mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar bagi peminjam yang benar-benar memerlukannya, katanya dalam satu kenyataan mengenai “Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar”  di sini, semalam.

“Kerjasama berterusan antara kerajaan, Bank Negara Malaysia dan sektor perbankan ini diharap akan menjamin kesejahteraan peminjam dan meneruskan pemulihan ekonomi yang masih sedang berputik,” kata beliau. – Bernama

Continue Reading

Previous: FTA meningkat 2.9 peratus kepada RM95.83 bilion
Next: Ta Ann yakin prestasi 2020 lebih baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.