Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SUPP gesa KPM kekal Gred A- sebagai kelayakan Program Matrikulasi
  • PENDIDIKAN

SUPP gesa KPM kekal Gred A- sebagai kelayakan Program Matrikulasi

Utusan Sarawak 16 hours ago
SESI DIALOG RAKYAT…Wong (duduk tengah) bersama pasukannya semasa mengadakan “Kopitiam Talk” anjuran SUPP Cawangan Dudong di Farley Cafe di Sibu, semalam.

SIBU: Penolong Setiausaha Penerangan dan Publisiti SUPP Pusat, Wong Ching Yong, menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) menarik balik arahan baharu yang menyingkirkan gred A- daripada kategori gred A dalam kelayakan ke Program Matrikulasi dan mengekalkan piawaian asal.

Beliau berkata, perubahan selepas keputusan SPM diumumkan adalah tidak adil dan memberi kesan kepada ramai pelajar yang sebelum ini layak. Ia juga boleh mencemarkan imej negara, katanya semasa sesi dialog komuniti “Kopitiam Talk” anjuran SUPP Cawangan Dudong.

Menurut Wong, berdasarkan piawaian asal seperti diumumkan Perdana Menteri tahun lalu, semua pelajar yang mendapat A+, A, atau A- dianggap layak. Namun, arahan dalaman KPM pada 30 April lepas yang mengecualikan A- sebagai gred A telah menyebabkan ramai pelajar gagal memenuhi syarat kemasukan ke universiti awam.

“Jika piawaian ini diumumkan sebelum peperiksaan, ia mungkin boleh diterima, tetapi melaksanakannya selepas keputusan keluar adalah tidak wajar,” tegas Wong yang juga Timbalan Pengerusi MDLBS.

Beliau turut menyindir DAP kerana gagal mempertahankan pelajar yang terjejas dan menuduh pihak yang membangkitkan isu ini mempolitikkan keadaan.

“DAP sebelum ini lantang menyuarakan suara rakyat, tetapi kini mereka membisu. Lima menteri DAP perlu nyatakan sama ada mereka menyokong dasar ini dalam Kabinet,” katanya, sambil mempersoalkan peranan Timbalan Menteri Pendidikan dari DAP, Wong Kah Woh.

Wong turut mendesak Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau, menyatakan pendirian mengenai isu ini dan menegaskan beliau tidak seharusnya mengabaikan isu pendidikan demi imej peribadi di media sosial.

Mengulas lanjut, Wong berkata dasar berubah-ubah seperti ini boleh menjejaskan kepercayaan terhadap sistem pendidikan negara dan memberi kesan kepada pelajar Sarawak juga.

Beliau turut mengkritik keputusan KPM menyemak semula silibus Bahasa Cina Tingkatan 6 dengan membuang elemen sejarah kesusasteraan Cina, dan menggesa Kementerian agar tidak menjadikan pelajar sebagai bahan eksperimen.

Sebaliknya, kata Wong, menteri dan wakil rakyat DAP sepatutnya memberi fokus kepada janji lama Pakatan Harapan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Turut hadir Naib Pengerusi SUPP Dudong, Dr Wong Chya Wei dan Ketua Pemuda SUPP Dudong, Kaunselor Yiing Sy Huat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Isu visa: Pelajar Malaysia di Harvard boleh teruskan pengajian tanpa gangguan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.