Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 33 Lembu ditumbangkan di DUN Saribas tahun ini
  • WILAYAH

33 Lembu ditumbangkan di DUN Saribas tahun ini

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Mohammad Razi Sitam hadir pada pelaksanaan ibadah korban di Kampung Serembang dekat sini hari ini. Foto DUN Saribas

SARIBAS: Sebanyak 33 ekor lembu telah dikorbankan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas untuk pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata aktiviti penyembelihan haiwan korban merupakan aktiviti tahunan di konstituensi itu pada setiap kali sambutan Aidiladha.

“Kita telah menyalurkan peruntukan kepada 22 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) tujuan pembelian lembu bagi melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha pada tahun ini.

“Saya gembira dan berpuas hati dengan cara pelaksanaan program ibadah korban pada tahun ini kerana dapat meliputi jumlah yang ramai penerima dan penduduk di sini. 

“Tiap-tiap rumah, keluarga di DUN Saribas dapat agihan daging korban pada tahun ini selain golongan asnaf dan golongan yang memerlukan turut menerimanya,” katanya semasa hadir pada pelaksanaan ibadah korban di Kampung Serembang dekat sini hari ini.

Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas menjelaskan ibadah korban bukan sahaja menuntut umat Islam untuk mengorbankan haiwan, tetapi erti korban luas maknanya jika dihayati dan difahami.

“Ibadah korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam dan menuntut semua masyarakat bermuafakat, tolong-menolong dan bersatu padu.

“Pengorbanan itu hanya akan berlaku sekiranya mereka dapat sama-sama kembali memahami dan menghayati konsep, falsafah serta pengajaran di sebalik ibadat haji dan korban dalam erti kata yang luas.

“Islam menuntut umatnya supaya sentiasa berganding tangan, bermuafakat dan saling bantu-membantu tidak kira sewaktu senang atau susah. Tinggalkan segala perbezaan dan elakkan perbalahan sesama sendiri,” jelasnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mobile Service 2U edar kek cawan, rai golongan bapa
Next: 90 Golongan asnaf terima agihan daging korban di DUN Muara Tuang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.