Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 1,200 Golongan asnaf terima daging korban di Lundu
  • WILAYAH

1,200 Golongan asnaf terima daging korban di Lundu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MENTERI KPWKM, Dato Sri Nancy Shukri menyempurnakan agihan daging korban kepada penduduk di Lundu sempena sambutan Aidiladha hari ini. Foto Jabatan Penerangan Sarawak

LUNDU: Seramai 1,200 golongan asnaf di Daerah Lundu telah menerima sumbangan daging korban sempena sambutan Aidiladha.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri hadir menyempurnakan program ibadah korban perdana peringkat daerah Lundu 2025 di Perkarangan Masjid An-Nur Kampung Stunggang Melayu, Lundu hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong turut menyempurnakan simbolik penyerahan kepada wakil golongan asnaf menerusi ketua kampung yang hadir.

MENTERI KPWKM, Dato Sri Nancy Shukri menghadiri majlis agihan daging korban kepada penduduk di Lundu sempena sambutan Aidiladha hari ini. Foto Jabatan Penerangan Sarawak

Sebanyak 14 ekor lembu telah disumbangkan bagi ibadah korban pada program ini yang dianjurkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Majlis penyembelihan lembu telah bermula seawal 7.00 pagi yang melibatkan empat zon Daerah Lundu iaitu zon Sampadi di Kampung Stoh, Lundu, zon Sematan di Dewan Kampung Siru Melayu, Sematan, zon Pandan di Masjid Ikhawanil Muslimim Kampung Sekambal Melayu dan zon Lundu di Masjid An-Nur Kampung Stunggang Melayu, Lundu.

–Jabatan Penerangan Sarawak

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Modern Living Home Expo cipta rekod, tarik lebih 60,000 pengunjung di Kuching
Next: YSISS Sibu sedia dibuka, tunggu kelulusan akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.