Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bekalan air DUN Lingga meningkat, loji rawatan baharu dijangka siap September ini
  • WILAYAH

Bekalan air DUN Lingga meningkat, loji rawatan baharu dijangka siap September ini

Utusan Sarawak 15 hours ago
MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi menyempurnakan agihan daging korban pada majlis ibadah korban peringkat DUN Lingga bertempat di Masjid Al-Hana Lingga, hari ini. Foto ADUN Sebuyau

LINGGA: Daerah Lingga kini telah mendapat bekalan air sebanyak 0.65 juta liter sehari (JLT) dari Loji Rawatan Air Lingga.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT), Dato Sri Julaihi Narawi berkata kapasiti ini akan bertambah kepada 1.65 JLT apabila loji rawatan air baharu menggunakan teknologi ‘sistem akut’ bersebelahan yang kini sedang dibina siap pada bulan September tahun ini.

“Untuk jangka panjang dan bekalan air yang lebih terjamin, sistem grid paip sepanjang 74 kilometer (km) dari Loji Rawatan Air Bayai di Sri Aman menuju Pekan Lingga telah dilulus untuk dilaksana bila-bila masa dari sekarang.

“Loji Bayai kini mempunyai kapasiti 53 JLT tapi kini diguna pada kapasiti 46 JLT, bermakna ada ‘reserve margin’ 7 JLT. Sistem grid paip sejauh 74 km ini adalah sebahagian dari sistem grid di Bahagian Sri Aman yang bermula dari loji rawatan air baharu (75 JLT) di Engkilili yang kerja pembinaannya sudah bermula sekarang,” katanya.

MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi menghadiri majlis ibadah korban peringkat DUN Lingga bertempat di Masjid Al-Hana Lingga, hari ini. Foto ADUN Sebuyau

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis ibadah korban peringkat DUN Lingga bertempat di Masjid Al-Hana Lingga, hari ini.

Julaihi berkata sistem grid paip air di Bahagian Sri Aman akan membentuk sebahagian dari sistem grid air di Wilayah Selatan Sarawak.

“Wilayah Selatan Sarawak merangkumi Bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong yang seterusnya akan disambung dengan sistem grid paip air di Wilayah Tengah Sarawak,” katanya.

Pada majlis tersebut juga, Julaihi telah meluluskan geran khas berjumlah RM30,000 untuk Lembaga Pengurusan Masjid Lingga.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ibadah korban semarakkan amalan sedekah
Next: 41 ekor lembu korban semarak Aidiladha di DUN Demak Laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.