Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ibadah korban semarakkan amalan sedekah
  • WILAYAH

Ibadah korban semarakkan amalan sedekah

Utusan Sarawak 15 hours ago
ADUN Lingga, Dayang Noorazah hadir pada program ibadah korban bertempat di Surau Wahdah Al-Ummah Kampung Melayu Tanah Baru Sembau, dekat sini semalam. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Ibadah korban bukan sahaja dilihat dapat menyemarakkan amalan bersedekah dan menunaikan tuntutan agama Islam, malah memupuk semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata ibadah korban dapat menyatukan penduduk setempat menerusi kerjasama yang dijalankan semasa melakukan penyembelihan dan melapah daging korban.

“Kerjasama masyarakat Islam dalam membantu memudahkan ibadah korban secara tidak langsung mengukuhkan silaturahim sesama kita,” katanya semasa hadir pada program ibadah korban bertempat di Surau Wahdah Al-Ummah Kampung Melayu Tanah Baru Sembau, dekat sini semalam.

PENDUDUK bekerjasama menjayakan program ibadah korban bertempat di Surau Wahdah Al-Ummah Kampung Melayu Tanah Baru Sembau, dekat sini semalam. Foto: Adi Safarman

Beliau berkata sumbangan daripada individu akan dapat menyemarakkan lagi ibadah korban yang dilaksanakan sempena sambutan Aidiladha setiap tahun.

“Kita berharap akan lebih ramai individu berkemampuan tampil untuk menjayakan ibadah korban di kawasan perkampungan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga pada tahun-tahun akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, sebanyak 21 ekor lembu yang bernilai keseluruhan RM178,500 telah ditumbangkan bersempena ibadah korban pada Aidiladha di kawasan DUN Lingga pada tahun ini.

Beliau berkata lembu disumbangkan kepada 10 buah kampung dan sebuah agensi kerajaan itu adalah bagi tujuan melaksanakan ibadah korban di kawasan masing-masing.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek tebatan banjir fasa pertama Bukit Lima dijangka siap Ogos ini
Next: Bekalan air DUN Lingga meningkat, loji rawatan baharu dijangka siap September ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.