Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek tebatan banjir fasa pertama Bukit Lima dijangka siap Ogos ini
  • WILAYAH

Projek tebatan banjir fasa pertama Bukit Lima dijangka siap Ogos ini

Utusan Sarawak 15 hours ago
ADUN Bukit Assek Joseph Chieng ketika ditemui pemberita pada sambutan Aidiladha di Masjid Al-Muhajirin di Kampung Usahajaya hari ini. Foto: Tarani Lanting

SIBU: Projek tebatan banjir di kawasan Bukit Lima yang melibatkan kerja menaik taraf jalan dan sistem perparitan di Rizab Alam Semula Jadi Bukit Lima serta Kampung Usahajaya, Sentosa fasa pertama dijangka siap Ogos ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng berkata walaupun sedikit lewat, projek itu tetap akan disiapkan tahun ini sebagai langkah awal menangani isu banjir yang sering melanda kawasan berkenaan.

“Saya telah membangkitkan keperluan fasa kedua projek ini semasa sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lalu kerana kita perlukan kesinambungan setelah fasa pertama siap nanti,” katanya ketika ditemui pemberita pada program agihan daging korban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 2025 di Masjid Al-Muhajirin Sentosa di sini, hari ini.

Jelas beliau, reka bentuk serta cadangan projek telah disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sibu dan diluluskan oleh JPS Sarawak.

Bagi fasa kedua yang dijangka menelan kos sebanyak RM56.6 juta, permohonan akan dikemukakan di bawah Pelan Rolling Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk tahun 2026.

“Saya juga telah memohon satu lagi projek menaik taraf sistem saliran di kawasan Jalan Jerwit dan Jalan Ek Dee yang turut merangkumi Kampung Saujana.

“Anggaran kosnya ialah RM41.75 juta dan akan dimasukkan di bawah Pelan Rolling Kedua RMK13, iaitu pada tahun 2027,” tambahnya.

Beliau turut menjelaskan walaupun keadaan di Kampung Usahajaya mula menunjukkan peningkatan masih terdapat kawasan yang belum mempunyai sistem perparitan lengkap menyebabkan air bertakung terutama ketika hujan lebat.

“Bagi kawasan yang telah siap, isu air bertakung berjaya diatasi dan jalan turut dibina. Kawasan selebihnya akan dimasukkan dalam fasa kedua nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Chieng memaklumkan satu lagi projek tebatan banjir besar sedang menunggu kelulusan daripada Pihak Berkuasa Perancangan Sarawak (SPA) sebelum tender dibuka.

Fasa keempat projek tebatan banjir di Sibu ini dijangka melibatkan kawasan dari Jalan Aman hingga ke Hotel Paramount meliputi keluasan 618 hektar termasuk kawasan Bukit Assek.

“Kos keseluruhan bagi projek ini ialah RM120 juta dan ia akan melindungi kawasan yang kerap dilanda banjir kilat di tengah Sibu,” jelas Chieng sambil berharap tender dapat dibuka tahun ini dan kerja fizikal bermula seawal tahun hadapan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Aidiladha jadi wadah perpaduan, nilai pengorbanan di Asajaya
Next: Ibadah korban semarakkan amalan sedekah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.