Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Aidiladha jadi wadah perpaduan, nilai pengorbanan di Asajaya
  • Selatan
  • WILAYAH

Aidiladha jadi wadah perpaduan, nilai pengorbanan di Asajaya

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap ketika majlis pengagihan daging korban Daerah Asajaya 2025 di Kampung Sebandi Matang.

ASAJAYA: Sambutan Aidiladha di Asajaya tahun ini bukan sahaja disambut dengan penuh rasa syukur, malah menjadi wadah memupuk perpaduan, semangat gotong-royong serta nilai pengorbanan dalam kalangan masyarakat setempat.

Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, pendekatan pelaksanaan ibadah korban di peringkat kampung sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menyemarakkan lagi suasana sambutan serta memperkukuh ikatan silaturahim dalam komuniti.

“Dulu kita laksanakan korban secara berkelompok di Pejabat Daerah, tetapi sejak empat lima tahun lalu, pelaksanaannya sudah disentralisasi ke kampung-kampung. 

“Ini menjadikan suasana lebih meriah apabila penduduk kampung turut serta dalam proses sembelihan, melapah dan pengagihan.

“Kerjasama erat antara jawatankuasa masjid, pemimpin masyarakat dan penduduk kampung bukan sahaja menyempurnakan tuntutan agama, tetapi juga memperkukuh semangat kekitaan sejajar dengan nilai-nilai murni yang disarankan oleh syariah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada majlis pengagihan daging korban Daerah Asajaya 2025 yang berlangsung di sini, hari ini.

Program yang dianjurkan sempena Aidiladha 1446H itu menyaksikan seramai 479 penerima terdiri daripada golongan asnaf dan kurang berkemampuan dari seluruh daerah Asajaya menerima agihan daging korban.

Di Kampung Sebandi Matang dan Kampung Sebandi Lot sahaja, seramai 32 golongan asnaf disantuni melalui sumbangan daging korban hasil inisiatif Dato Sri Abdul Karim sendiri, yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya.

“Pengagihan daging korban ini merupakan inisiatif bagi menyantuni golongan asnaf serta mereka yang kurang berkemampuan di kawasan ini.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat termasuk Pejabat Daerah, jawatankuasa kampung, masjid, dan para penyumbang yang menjayakan program korban di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri Asajaya.

“Kita harap semangat seperti ini akan terus dikekalkan setiap tahun, kerana ia bukan sahaja menyuburkan nilai pengorbanan tetapi juga menjadi jambatan menghubungkan hati antara masyarakat,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Bukit Assek sumbang lembu sempena Aidiladha
Next: Projek tebatan banjir fasa pertama Bukit Lima dijangka siap Ogos ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.