Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komuniti Bidayuh muslim terima sumbangan korban daripada ADUN Tarat
  • Selatan
  • WILAYAH

Komuniti Bidayuh muslim terima sumbangan korban daripada ADUN Tarat

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATO Sri Roland Sagah Wee Inn bersama Datuk Willie Mongin melapah daging korban pada Majlis ‘Jak Ta Nai Ibadah Qurban’ di Kampung Darul Islam Belimbing, Padawan semalam. Foto UKAS

TEBEDU: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menyumbangkan seekor lembu korban kepada penduduk Kampung Darul Islam Belimbing, Padawan sempena sambutan Aidiladha.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat turut hadir memeriahkan Majlis ‘Jak Ta Nai Ibadah Qurban’ di kampung berkenaan semalam.

Dalam majlis tersebut, Dato Sri Roland secara simbolik menyerahkan daging korban kepada penduduk setempat yang merupakan penerima sumbangan.

RAKAM KENANGAN… Dato Sri Roland Sagah Wee Inn bersama Datuk Willie Mongin bergambar kenangan bersama penduduk Kampung Darul Islam Belimbing, Padawan semalam. Foto UKAS

Beberapa ekor lembu korban lain turut disumbangkan oleh pelbagai pihak yang prihatin terhadap kebajikan komuniti kampung tersebut.

Majlis diserikan dengan persembahan tarian tradisional Bidayuh sebagai tanda penghormatan masyarakat tempatan kepada kehadiran pemimpin ke kampung mereka.

Kampung Darul Islam Belimbing merupakan sebuah perkampungan komuniti Bidayuh Muslim di kawasan Tebedu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin, dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Damen Rejek. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Tellian sumbang lima ekor lembu korban sempena Aidiladha
Next: Muafakat, semangat kekitaan terserlah menerusi Ibadah Korban di Kampung Penakub Permai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.