Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perpaduan, Pendidikan, budaya kekitaan teras pembangunan Sarawak
  • TEMPATAN

Perpaduan, Pendidikan, budaya kekitaan teras pembangunan Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menghadiri Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-75 Persatuan Chan Tian, malam ini. Foto UKAS

KUCHING: Nilai perpaduan, pendidikan dan budaya kekitaan terus diperkukuh bagi memastikan Sarawak kekal sebagai sebuah wilayah yang sejahtera, bersatu dan progresif dalam jangka masa panjang.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata nilai-nilai ini berupaya untuk diperkembangkan menerusi penglibatan masyarakat dalam persatuan yang menjadi lambang kepada kekuatan komuniti dan kesungguhan untuk mengekalkan jati diri serta nilai tradisi yang menjadi asas masyarakat.

Mengambil contoh Persatuan Chan Tian, beliau memberitahu bahawa persatuan berkenaan merupakan tiang seri dalam membina masyarakat yang bersatu, serta berperanan sebagai wadah penting memelihara nilai budaya dan saling hormat yang diwarisi turun-temurun.

“Persatuan adalah tiang perpaduan kita di mana amalan menghormati warga emas, nilai-nilai bersama, dan semangat kekitaan adalah sebahagian daripada asas kita.

“Persatuan Belia Cina kita juga merupakan sebahagian daripada usaha pembinaan negara. Ia sangat penting. Jika persatuan belia berjaya, maka asas kita ke arah wilayah maju akan menjadi lebih kukuh,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-75 Persatuan Chan Tian, malam ini.

Menyentuh mengenai pendidikan, beliau menegaskan bahawa tidak sepatutnya ada lagi alasan tidak mampu untuk menimba ilmu, sebaliknya masyarakat harus menggalakkan generasi muda untuk terus belajar dan berusaha.

“Pendidikan itu sangat penting kerana mereka inilah harapan kita, masa depan kita. Mereka yang akan meneruskan budaya kita dan membantu membina Sarawak yang lebih baik.

“Jika tidak, kita kena bersedia masuk rumah orang tua sebab kalau kita tidak didik mereka dengan baik, merekalah yang akan hantar kita ke sana. Mereka akan ke luar negara dan tidak akan pulang lagi,” ujar beliau lagi.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan insentif kepada 12 pelajar sekolah rendah, 16 pelajar sekolah menengah dan 15 pelajar universiti sebagai galakan kepada mereka untuk terus berjaya dalam bidang pendidikan.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Laluan BAS.MY Kuching Saujana-SMK Agama Matang 2 mula beroperasi
Next: Pertanian organik pacu ekonomi tempatan melalui KNMF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.