Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Nuansa Seni Edisi Ke-6:
  • HIBURAN

Nuansa Seni Edisi Ke-6:

Utusan Sarawak 1 day ago

Simbol perpaduan warisan, inovasi budaya Melayu Sarawak

NUANSA Seni Edisi Ke-6.

KUCHING: Nuansa Seni kembali untuk edisi ke-6 dengan misi yang lebih besar dan bermakna sekali gus mengangkat martabat seni warisan Melayu Sarawak serta memberi penghargaan kepada para artisan, adiguru, dan pereka muda yang gigih melestarikan seni tradisional yang semakin terpinggir.

PENGARAH Projek Nuansa Seni, Dr. Sharifah Suzana Wan Shukran, yang juga dikenali sebagai Dr. Anna Sue

Diterajui oleh Dr. Sharifah Suzana Wan Shukran, yang juga dikenali sebagai Dr. Anna Sue, selaku Pengarah Projek. Kali ini Nuansa Seni dikenali sebagai Festival Kelestarian Warisan Melayu Sarawak menampilkan tema ‘Pertembungan Dua Zaman, Satu Jiwa’ bakal diadakan pada 20 Julai 2025 di Hotel Waterfront, 7.00 malam.

Menurut beliau, penganjuran Nuansa Seni adalah untuk mengangkat seni warisan Melayu Sarawak, memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada para karyawan, artisan dan adiguru yang terlibat dalam usaha keras mereka untuk memartabatkan serta memastikan seni warisan yang kian dilupakan oleh generasi masa kini, terpelihara dengan baik.

“Sekarang, untuk edisi ke-6, kita membawa lebih ramai barisan artisan dari pelbagai daerah Sarawak, bukan sahaja dari Kuching tetapi Gedong, Rajang, Sibu, Sri Aman & Serian. Selain daripada tekstil songket dan keringkam, kali ini kita juga mengetengahkan tekstil batik lukisan tangan,” jelas beliau.

Katanya, tema ‘Pertembungan Dua Zaman, Satu Jiwa’ merupakan simbolik bagi mencerminkan elemen utama dalam Nuansa Seni.

“Pertembungan Dua Zaman hasil rekaan tradisional dan elemen tersebut diberikan sentuhan moden dan diserap ke dalam rekaan busana oleh para karyawan.

KOLEKSI busana yang ditampilkan pada edisi sebelum ini.

“Satu Jiwa menunjukkan bahawa walaupun berlakunya peredaran zaman, tetap ada yang berusaha untuk memulihara dan mengangkat karya seni warisan yang sudah ada sejak dahulu kala untuk tatapan generasi akan datang.

“Antara tarikan utama ialah pertunjukan fesyen yang menggabungkan unsur tradisional dan kontemporari. Pereka fesyen tempatan akan mempersembahkan koleksi busana yang diinspirasikan daripada hasil kerja artisan seperti penenun songket dan penyulam keringkam,” jelas Dr. Anna Sue.

Katanya, festival ini turut dimeriahkan dengan persembahan muzik tradisional secara langsung dan seni persembahan lain yang memperkaya suasana budaya.

KOLEKSI busana Melayu yang diperagakan di pentas Nuansa Seni edisi sebelum ini.

Tambah beliau lagi, satu keunikan tahun ini adalah penyertaan aktif golongan muda, termasuk graduan fesyen dari Unimas, serta model cilik yang memperagakan pakaian tradisional – simbol kesinambungan generasi dalam mewarisi budaya di samping turut terlibat dalam persembahan muzik, tarian dan nyanyian.

Dr. Anna Sue menekankan bahawa Nuansa Senui bukan sekadar pertunjukan fesyen, tetapi sebuah pergerakan budaya yang menyatukan seni tekstil, muzik, tarian dan kraf tangan di bawah satu pentas.

“Festival ini diharap dapat memupuk kesedaran masyarakat terhadap nilai warisan budaya serta membuka peluang komersial kepada penggiat seni tempatan.

“Ia telah menjelajah ke pelbagai lokasi termasuk Kuching, Miri dan Sibu, serta pernah melibatkan kolaborasi dengan pereka dari Sabah, Indonesia dan Brunei pada 2003.

“Malah, ia terus menjadi nadi penggerak dalam memastikan warisan seni Melayu Sarawak terus hidup dan dikenali di peringkat lebih luas,” katanya.

Dr. Anna Sue menjelaskan harapan terhadap impak jangka panjang festival ini kepada industri seni dan budaya tempatan, “Program ini bukan sahaja mengetengahkan fesyen tetapi juga gabungan pelbagai bentuk seni, tradisi dan busana, disampaikan melalui satu persembahan fesyen.

Justeru, ia akan menjadi satu program yang berkesan untuk memartabatkan kerjaya pengeluar tekstil seperti songket, keringkam, batik, pembuat kraf, pelukis dan pelbagai artis lain.

Di samping itu, penganjuran festival ini dapat memberikan kesedaran, didikan serta penghebahan kepada masyarakat bahawa kita mempunyai warisan dan budaya tersendiri yang kaya dengan seni dan harus dipertahankan.

Festival Nuansa Seni edisi ke-6 mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, serta melibatkan komuniti tempatan dalam setiap aspek penganjuran.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian talian 013-8114515. Facebook Nuansa Seni.

Oleh Yanti Sham

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Bunga Citra Lestari kembali ke KL dengan konsert bertemakan Cinta September ini
Next: Empat ahli BTS tamat khidmat ketenteraan wajib minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.