Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Huang sampaikan peruntukan MRP kepada 22 komuniti Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

Huang sampaikan peruntukan MRP kepada 22 komuniti Meradong

Utusan Sarawak 3 weeks ago

SARIKEI: Komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkasa pembangunan luar bandar sekali lagi dizahirkan apabila sebanyak 22 pertubuhan dan jawatankuasa komuniti di Meradong menerima peruntukan di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Majlis penyerahan cek disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sarikei merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sarikei, kelmarin.

Antara penerima peruntukan termasuk Persatuan Petani Bintangor, Dewan Perniagaan Cina Bintangor, Kelab Bola Keranjang Meradong, Kelab Sukan dan Kebajikan Bomba Bintangor, Persatuan Foochow Meradong, serta beberapa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari kawasan luar bandar seperti Sungai Tulai, Rumah Badi, Rumah Adiah, dan Rumah Dipa Sungai Lemayong.

Menurut Huang, inisiatif seperti MRP dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) merupakan antara langkah utama kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar menerusi penyediaan infrastruktur asas dan kemudahan awam.

“Banyak kemajuan telah dapat kita saksikan hasil peruntukan ini, antaranya penaiktarafan jalan raya, penyelenggaraan sistem saliran, serta pembangunan fasiliti kemasyarakatan di kawasan luar bandar.

“Setiap peruntukan dimanfaatkan secara optimum demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Majlis Daerah Sarikei Wong Kie Yong, Temenggong Lau Hieng Ming, Pemanca Chan Phan Chan, dan Penghulu Huang Tiong Kang.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemindahan meter hampir setahun, SEB didesak bertindak segera
Next: Pemilik rumah terjejas kumbahan digesa tuntut bayaran balik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.